[Ps: Maaf atas kualiti audio untuk 15 minit pertama] Apabila hujan turun, ini berita baik dan berita buruk pada masa yang sama. Bagi petani yang memerlukan air, hujan ialah berkat; bagi penunggang motosikal, hujan ialah masalah. Hal yang sama, cuma berbeza perspektif bergantung kepada situasi pada ketika itu. Bila Alkitab mengatakan bahawa Yesus Kristus, Anak Allah ialah "batu penjuru utama" (Matius 21:42; Efesus 2:20), ini ialah berita baik dan berita buruk. Bagi yang menerima-Nya melalui iman, Dia ialah Batu Penyelamatan (Kisah Para Rasul 2:11-12); bagi yang menolak-Nya (atau ingin 'membunuh-Nya'), Dia ialah Batu Penghancuran (Matius 21:44). Apa situasi kamu ketika ini: Menerima atau Menolak-Nya? ๐โก๐ #ServeToLead #InjilMatius