Salam sejahtera diucapkan kepada semua Bukanlah asing untuk kita mendengar para agamawan Sunni kerap menggembar-gemburkan kononnya saudara-saudara Syiah kita mengkafirkan mereka yang berfahaman Ahlul Sunnah, berdasarkan kenyataan bahawa rujukan mereka, iaitu hadis-hadis para Imam Ahlulbayt menyebutkan sedemikian. Walaupun jelas fitnah ini bercanggahan dengan penjelasan dari Sayed Ahmed Al-Hasan, dan para Imam Ahlulbayt yang menyatakan sebaliknya.