Seorang lelaki yang mendera kanak-kanak di sebuah rumah amal milik syarikat GISB dipenjara 10 tahun selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan yang dihadapinya.
Tertuduh didakwa menganiaya tiga kanak-kanak lelaki dengan merotan dan menekan dada mangsa menggunakan lututnya.
Terdahulu, polis mulakan siasatan selepas tular rakaman video memaparkan kanak-kanak lelaki dilihat kesakitan dipercayai akibat dada dan lehernya ditekan oleh suspek menggunakan lutut.