Malaysia mungkin terlepas beberapa pingat pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.
Ini selepas negara penganjur, Scotland menggugurkan beberapa sukan termasuk acara terjun, badminton dan skuasy yang menyumbang 10 pingat pada edisi 2022.
Glasgow diumumkan sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2026, selepas Victoria, Australia menarik diri susulan masalah kewangan.
Sukan Komanwel Glasgow 2026 akan berlangsung dari 23 Julai hingga 2 Ogos 2026 dengan hanya 10 jenis sukan akan dipertandingkan.