JDT intai peluang untuk catat satu lagi rekod tanpa kalah semusim apabila berdepan tuan rumah, Kuching City, malam ini.
Biarpun keputusan seri sudah mencukupi, namun pengendalinya, Hector Bidoglio berkata skuad Harimau Selatan tetap mahu membawa pulang tiga mata penuh.
Sementara itu, Kuching City sedia mencabar dominasi JDT.
CEOnya berkata ia susulan reputasi mereka yang meyakinkan selepas hanya tewas tipis 1-2 kepada pendahulu liga itu pada aksi sebelum ini.
Saksikan Kuching lawan JDT secara langsung jam 8:15 malam ini di Astro, saluran 146!