Peter Clamovski yakin gaya permainan baharu yang diterapkan kepada pemain Harimau Malaya menjadi faktor penting dalam misi kemenangan pada Kelayakan Piala Asia 2027.
Pengendali pasukan kebangsaan itu berkata kemenangan 2-0 ke atas Nepal malam tadi merupakan era baharu dengan menekankan corak permainan berintensiti tinggi.
SI, bintang baharu skuad Harimau Malaya, Hector Hevel akui gembira dengan kejayaannya selepas membantu Harimau Malaya menerusi gol sulungnya.
Keputusan malam tadi menyaksikan Malaysia berada di tangga kedua Kumpulan F - di belakang Vietnam yang belasah Laos 5-0.