Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia bakal menyertai kejohanan pertama musim ini apabila beraksi di Masters Orleans di Perancis bermula esok.
Ia merupakan penampilan pertamanya selepas menjalani proses pemulihan susulan kecederaan dialaminya pada Jelajah Dunia Akhir BWF di China, Disember lalu.
Antara wakil negara lain ialah beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah.