FAM umumkan Dr Craig Duncan sebagai Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan Pasukan Kebangsaan.
Ia menyaksikan saintis sukan terkemuka Australia itu akan menggalas salah satu jawatan utama dalam struktur organisasi baharu bagi revolusi skuad Harimau Malaya.
Di FAM, Dr. Craig bertanggungjawab dalam mengetuai pelbagai hal antaranya berkaitan prestasi tinggi, kecergasan fizikal dan psikologi sukan.
Dr. Craig akan memulakan tugasan secara rasmi di Wisma FAM, Kelana Jaya bulan ini.