
Sign up to save your podcasts
Or


Melihat kepada 3 cara untuk mempercepat pengajaran dan pemudahcaraan dalam keadaan peruntukan masa PdPr yang singkat.
Coach Herry akan buat komentar secara 'Live' terhadap mana-mana video PdPr dan mengaitkan dengan elemen-elemen PAK21 dan Standard 4 SKPMg2.
Sudah masuk minggu kedua kita ber 'PdPr' selepas cuti raya. Masih mampukah cikgu-cikgu mempertahankan rekod cemerlang dengan kehadiran dan penglibatan murid pada tahap maksima. Mencabar kan. Tiada cara paling terbaik boleh diputuskan tetapi kita ada seribu satu ikhtiar untuk terus meningkatkan profesionalisme dengan konsep PdPr ini. Tips ada banyak tetapi ini adalah antara yang mudah dan ramai guru hebat kita buat.
Memilih murid untuk menjawab soalan kadang-kadang membosankan. Of course, murid mana yang suka nama nak disebut untuk jawab soalan. Namun begitu terdapat banyak cara yang menyeronokkan malah memotivasikan murid untuk menjawab. Di sini ada 7 idea yang menarik.
Buku teks? Sejauh manakah kita memanfaatkan buku teks kepada tahap paling maksimum? Adakah kita menggunakannya sebagai sumber pembelajaran yang berkesan? Umum mengetahui dalam peperiksaan awam, semua jawapan datangnya daripada buku teks? Namun, ramai antara kita ada yang berpandangan buku teks membosankan dan tidak dinamik. Antara sebabnya adalah persembahan buku teks yang ringkas dan maklumat yang minima. Walaubagaimanapun, buku teks boleh menjadi sumber yang sangat berkesan jika digunakan dengan cara yang menarik. Mari kita lihat tentang buku teks dan langkah memanfaatkannya.
Dalam episod ini, kita akan mengenali apa itu ebook dan bagaimana ebook dihasilkan juga digunakan oleh pembaca.
From the publisher's feed