
Sign up to save your podcasts
Or


Allah s.w.t telah menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk untuk manusia. Ia diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w, kemudian ia dibacakan kepada para sahabat dan dipelihara melalui hafalan, lalu dikumpulkan menjadi satu mushaf Al-Quran.
Allah s.w.t pernah memberitahu kita bahawa Al-Quran akan dijaga keasliannya hingga ke hari kiamat dan umatnya dituntut untuk memahami isi dan kandungannya. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah Al-Hijr ayat 9: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”. Dalam ayat dalam surah Muhammad ayat 24: “Maka adakah tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran?”.
TMJS kali ini akan membincang tentang bagaimana untuk memahami isi kandungan Al-Quran dan tips untuk menghafalnya. Selain mendengarkan perkongsian dari asatizah kita, penonton juga boleh manfaatkan episod ini sebagai persiapan menjelang bulan Al-Quran, iaitu bulan Ramadan. Semoga bulan Ramadan akan datang sedikit sebanyak menghidupkan kita dengan Al-Quran.
Jom saksikan THE MALAM JUMAAT SHOW, Malam ini. Khamis jam 8.45 mlm secara LIVE di Facebook dan YouTube muhammadiyahSG.
Tidak ada manusia yang sempurna. Setiap dari kita pasti pernah melakukan kesalahan, baik secara sengaja dan tidak sengaja. Namun, apakah perlu kita memberitahu atau berbangga diri dengan berkongsi ‘aib’ kita kepada umum? Seperti di IG, TikTok dan Facebook.
Nabi s.a.w pernah bersabda: “Setiap umatku dimaafkan kecuali orang yang terang-terangan dalam bermaksiat. Iaitu seseorang yang telah berbuat dosa pada malam hari lalu pada esok harinya dia berkata bahawa dia telah berbuat dosa ini dan itu padahal Allah telah menutupi dosanya. Pada malam harinya, Allah telah menutupi aibnya, namun pada pagi harinya dia membuka sendiri aib yang telah Allah tutupi.” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim).
TMJS kali ini ingin membincangkan tentang ‘Aib’. Bolehkah kita membuka aib sendiri atau tidak boleh? Bolehkah kita berkongsi kisah lalu sebagai pelajaran? Bolehkah kita beritahu bakal pasangan kita tentang masa silam?
Jom saksikan THE MALAM JUMAAT SHOW, malam ini jam 8.45 mlm secara LIVE di Facebook dan YouTube muhammadiyahSG.
The Malam Jumaat Show (TMJS) kali ini akan membincangkan tentang ‘Madrasah Entry Test (MET)’ khususnya bagi ibu bapa yang ingin mempersiapkan anak-anak mereka ke madrasah, sekaligus akan menyentuh peranan penting ibu bapa dalam mendidik ilmu agama dan menyokong anak-anak mereka. Jom saksikan TMJS malam ini, secara LIVE di Facebook dan YouTube muhammadiyahSG.
Dalam rancangan The Malam Jumaat Show (TMJS) kali ini akan membincangkan tentang hidup bermasyarakat dan berjiran serta sikap reaksi seorang muslim kepada sebuah isu demi menjaga kestabilan dan keharmonian tanpa merosakkan nilai-nilai keagamaan.
Dalam surah al-Hujarat ayat ke-13 Allah berfirman: “Wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami jadikan kamu pelbagai bangsa dan suku kaum, supaya kamu saling kenal-mengenal”.
Malam ini secara LIVE di Facebook dan YouTube muhammadiyahSG
#muhammadiyahSG #ilmuAmalProgresif #themalamjumaatshow #harmoni #ceramah #pengajian #kuliah #ilmu #quran #sunnah #hadith #muslimsg
Baru-baru ini, kita telah menyaksikan pelajar Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) yang menduduki peperiksaan GCE peringkat ‘O’ tahun lalu meraih markah yang dapat dibanggakan.
Pencapaian lebih terasa bila para pelajar menduduki peperiksaan di tengah-tengah pandemic COVID-19. Kecemerlangan akademik dan ukhrawi sejak madrasah ini dilahirkan 75 tahun lalu, telah terserlah dengan baiknya, hasil dari pendidikan dan tarbiyah yang telah diberikan kepada pelajar-pelajarnya.
The Malam Jumaat Show (TMJS) akan mengupas tajuk ini bersama asatizah, guru dan pelajar MAI dalam usaha mengongsikan rahsia mendapatkan kejayaan dunia dan akhirat.
Hos Ustaz Khairul Kamal juga merupakan alumni MAI. Mari sama-sama dengarkan perkongsian ini, semoga bermanfaat insya Allah. Malam ini jam 8.45 mlm LIVE di Facebook dan YouTube muhammadiyahSG!
#muhammadiyahSG #ilmuAmalProgresif #madrasah #olevels #themalamjumaatshow #ceramah #pengajian #kuliah #ilmu #quran #sunnah #hadith #muslimsg
Jom bersama kami di The Malam Jumaat Show malam inil! Kita kongsi-kongsi cerita. Sebagai pembuka tirai tahun 2021, hos-hos anda Ezn Mezra dan Ustaz Khairul Kamal akan bersembang tentang pengalaman zaman sekolah mereka. Kami juga ada PENGUMUMAN KHAS yang akan dikongsikan semasa show nanti. Jangan lupa, malam ini 7 Januari 2020 jam 8.45 malam, LIVE di YouTube dan Facebook muhammadiyahSG.
9.15 mlm - BAHAGIAN 2: PELIHARA DIRI IBARAT GENGGAM BARA API bersama Ustaz Shaik Huzaifah Shaik Hussain
8.30 mlm - BAHAGIAN 1: BETUL KE TAK NI? bersama Ustazah Kalthom Isa
'Burnout' menjadi suatu cabaran terbesar pada masa ini dan jika tidak ditangani dengan baik, dapat memberi kesan jangka panjang yang negatif terhadap kerjaya dan keluarga sendiri.
Bagaimana cara untuk mengenali dan mengatasi stres atau 'burnout' ini? Adakah ia suatu tanda kelemahan pada diri kita sebagai seorang Muslim?
Jom saksikan THE MALAM JUMAAT SHOW bersama tetamu khas kami, Ustaz Haron Hassan Akhtar dan Pakar Perunding Keluarga Tn Hj Shafiai Uda Jaafar aka 'Pak Utih'. Kami bersiaran secara LIVE di Facebook dan YouTube muhammadiyahSG.
Minggu ini di THE MALAM JUMAAT SHOW, kami akan bincang tentang Hutang. Bersama tetamu istimewa, selebriti Erwin Shah Dawson's Official Fanpage dan Ustaz Taufik Ramlan. Antara topik perbincangan dalam episod ini:
- Apa Islam kata tentang hutang?
- Kalau tak sempat membayar hutang, apa jadi?
- Mereka yang sedang berhutang atau terjerat dengan hutang, bagaimana cara terbaik untuk menyelesaikannya?
Saksikan di THE MALAM JUMAAT SHOW secara LIVE di Facebook dan YouTube muhammadiyahSG!
From the publisher's feed