Ngopi@Channel 10

Ngopi@Channel 10

By Channel 10 MalaysiaNewsNews Commentary
Download on the App Store

Ngopi@Channel 10 episodes

  • Pasukan Boling Negara Juara Dunia | Bersama Sejak Kecil Buahkan Hasil | Feat. Tun Hakim Tun Hasnul Azam

    Barisan atlet boling negara terus 'mendonia' apabila kini giliran pemain lelaki merangkul emas dalam acara berpasukan di Kejohanan Boling Piala Dunia Persatuan Boling Antarabangsa (IBF).Ia adalah emas kedua negara di kejohanan berlangsung di Kowloon, Hong Kong itu selepas atlet boling wanita negara, Natasha Roslan sebelum ini meraih emas dalam acara perseorangan.


    Pasukan yang dibarisi Timmy Tan, Ahmad Muaz Mohd Fishol, Muhammad Rafiq Ismail dan Tun Hakim Tun Hasnul Azam itu melakar sejarah menjadi pasukan lelaki pertama negara memenangi acara berpasukan sejak Kejohanan Piala Dunia mempertandingkan kategori berpasukan bermula 2022.


    Channel 10 membawakan Tun Hakim ke studio kami bagi berkongsi perasaannya terkait kemenangan bersejarah itu.

    19 min

About Ngopi@Channel 10

From the publisher's feed

Ngopi@Channel 10 merupakan sebuah wadah temubual bersama sosok yang mencorak lanskap politik, sosial, ekonomi, seni dan budaya tanahair. Diterbitkan Rindu Ilmu Media Sdn. Bhd., penonton dan pendengar…