Sign up to save your podcastsEmail addressPasswordRegisterOrContinue with GoogleAlready have an account? Log in here.
Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan.... more
FAQs about Niaga AWANI:How many episodes does Niaga AWANI have?The podcast currently has 1,592 episodes available.
September 15, 2021Niaga AWANI: Atlas Vending | #Sapotsme Sempena Hari Malaysia 2021Ketika Malaysia berada dalam pelbagai fasa Pelan Pemulihan Negara, tentunya ada PKS tempatan yang terkesan dengan sekatan rentas sempadan negeri.Menyedari cabaran ini, Atlas Vending mengetengahkan satu pendekatan baru untuk membolehkan pks ini menjual kepada pelanggan mereka.Saksikan temubual saya bersama Ketua Pemasaran dan Perniagaan Sampingan Atlas Vending, Amy Gan, untuk membincangkan Kempen Sapotsme Sempena Hari Malaysia 2021....more8minPlay
September 14, 2021Niaga AWANI: Ap acara hentikan ‘The Great Resignation”?Majalah Inc. edisi Ogos melaporkan yang peletakan jawatan besar-besaran atau ‘The Great Resignation’ kini sedang berlaku dan ia adalah realiti semasa. Jabatan Buruh AS lapor yang 11.5 juta pekerja berhenti kerja pada April, Mei dan Jun. Selain tekanan kerja ketika pandemik COVID-19, pelbagai sebab diberikan. Majalah Inc. menjelaskan yang situasi ‘The Great Resignation’ ini akan berikan kesan kewangan kepada organisasi. Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli menemubual pengasas OKR Coaches, Catherine Chen untuk melihat apakah yang perlu dilakukan majikan dan kakitangan untuk wujudkan suasana pekerjaan yang baik dan kekalkan pekerja dalam Niaga AWANI....more16minPlay
September 10, 2021Niaga AWANI: Moody’s | Amerika Latin akan dahului Asia Tenggara susulan penularan varian DeltaPeningkatan varian Delta akan jadikan Asia Tenggara sedikit ke belakang berbanding Amerika Latin. Menurut laporan Moody’s Analytics, penularan varian Delta di Asia Tenggara dan langkah kawalan yang diambil kerajaan akan berikan kesan kepada pemulihan, berbanding pendekatan ‘buka ekonomi tanpa kira kesan’ di Amerika Latin. Risiko kesihatan awam dan politik kekal untuk kedua rantau ini. Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dan Pakar Ekonomi, Moody’s Analytics, Jesse Rogers dalam Niaga AWANI....more14minPlay
September 09, 2021Niaga AWANI: Laporan Unjuran Sukuk Separuh Pertama 2021 Moody’s ISAktiviti Sukuk global dijangka menyederhana pada 2021 susulan tahun yang kukuh pada 2020. Menurut Moody’s Investors Service, dalam laporan ‘Moody's: Global H1 Sukuk Outlook’ ini susulan harga minyak mentah global yang mengukuh tahun ini yang akibatkan pengurangan kebergantungan kerajaan GCC kepada pendanaan melalui Sukuk. Moody’s menjangka jumlah terbitan tahun ini pada sekitar AS$190-AS$200 bilion berbanding paras rekod AS$205 bilion tahun lepas. Saksikan temubual Editor, Astro AWANI Rizal Zulkapli dan Naib Presiden, Penganalisis Kanan, Moody’s Investors Service, Ashraf Madani dalam Niaga AWANI....more15minPlay
September 08, 2021MIHAS 2021 | Tingkat peluang PKS menerusi digitalisasi industri halalProduk halal serta perkhidmatan berasaskan prinsip syariah dalam pasaran kian bertumbuh sejajar dengan pertumbuhan industri halal global, yang diunjurkan mencecah RM10 trilion.Kelompok pengguna kini yang kian peka terhadap produk beretika dan mampan adalah positif bagi pasaran halal.Saksikan rakaman temubual saya bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Sharimahton Mat Saleh, untuk membincangkan prospek dan strategi Pameran Perdagangan Halal MIHAS tahun ini terutama untuk PKS....more18minPlay
September 08, 2021Niaga AWANI: WHBC 2021 | Strategi tingkat industri halal pasca COVID-19Sektor makanan dan minuman halal yang merangkumi ramuan halal menyumbang lebih 85% daripada jumlah eksport halal Malaysia. Sementara itu, sektor kosmetik dan penjagaan diri halal, bahan kimia industri dan farmaseutikal halal pula sumbang 13.1% kepada jumlah eksport halal keseluruhan malaysia pada suku pertama 2020.Kita ingin membincangkan berkenaan World Halal Bussiness Conference 2021 dan platform, halal intergrated platform, HIP bersama Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Hairol Ariffein Sahari...more21minPlay
September 07, 2021Niaga AWANI: Adakah BNM akan semak kadar dasar semalaman?Bank Negara dijangka memulakan mesyuarat dasar monetarinya selama dua hari, bermula Khamis.Para penganalisis menyatakan Bank Pusat cenderung untuk mengekalkan kadar faedah semalaman pada 1.75 peratus.Umum maklum yang data Julai adalah sedikit rendah susulan PKP yang ketat dilakukan pada ketika itu.Untuk membincangkan berkenaan kadar OPR dan data semasa, kita bersama, Ketua Pakar Ekonomi Alliance Bank Manokaran Mottain...more9minPlay
September 06, 2021Niaga AWANI: Mesyuarat BNM dan pengaruh pasaran minggu iniNiaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Editor Rizal Zulkapli....more11minPlay
September 03, 2021Niaga AWANI: COVID-19, 75-80 juta penduduk Asia ditolak ke dalam kemiskinan-ADBLaporan Bank Pembangunan Asia, ADB, menyebut yang 75-80 juta penduduk Asia akan ditolak masuk ke dalam kemiskinan akibat COVID-19. Dalam masa yang sama laporan 'Key Indicators for Asia and the Pacific 2021' turut mendedahkan yang jumlah mereka yang hidup dalam miskin tegar, di bawah AS$2.00 sehari, turut meningkat. Dengan hasil kerajaan yang rendah dan ruang fiskal yang terhad, bagaimanakah negara di Asia dan Asia Tenggara boleh bantu kumpulan yang sangat terkesan dengan tekanan ekonomi yang dihadapi di tengah COVID-19? Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli bersama Pakar Ekonomi 'Key Indicators for Asia and the Pacific 2021', Asian Development Bank, Elaine S. Tan dalam Niaga AWANI...more16minPlay
September 02, 2021Niaga AWANI: Sektor Aeroangkasa | Kukuhkan industri MRO negara untuk pasca COVID-19Ikuti temu bual bersama Pengerusi Global Turbine Asia Sdn Bhd, Datuk Nonee Ashirin Datuk Mohd Radzi dalam Niaga AWANI....more18minPlay
FAQs about Niaga AWANI:How many episodes does Niaga AWANI have?The podcast currently has 1,592 episodes available.