Sign up to save your podcastsEmail addressPasswordRegisterOrContinue with GoogleAlready have an account? Log in here.
Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan.... more
FAQs about Niaga AWANI:How many episodes does Niaga AWANI have?The podcast currently has 1,592 episodes available.
July 30, 2021Niaga AWANI: MV Ever Given | Selamat tiba di pelabuhan RotterdamKapal MV Ever Given yang terkandas di Terusan Suez selamat tiba di pelabuhan Rotterdam, Belanda pada Khamis dalam pelayaran pertamanya selepas penyelesaian dicapai berhubung pertikaian pampasan kapal berkenaan awal Julai lalu....more9minPlay
July 30, 2021Niaga AWANI: Kawal selia teknologi di China, KDNK ASNiaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Editor Rizal Zulkapli....more20minPlay
July 23, 2021Niaga AWANI: Peningkatan kes COVID-19 | Adakah ini tingkatkan perbezaan pemulihan ekonomi di APAC?Moody’s Analytics pada pertengahan Julai menerbitkan Laporan “Global Outlook: Emerging Disparities”. Laporan itu menyebut bagaimana ekonomi global akan melepasi paras tinggi pra-pandemik dalam masa terdekat. Namun menurut Moody’s Analytics pemulihan ekonomi adalah tidak sekata, hasil sokongan dan vaksinasi yang berbeza antara ekonomi kaya dan ekonomi membangun lain. Bagi kawasan Asia Pasifik, pemulihan adalah berdasarkan kejayaan kawalan penularan COVID-19 dan vaksinasi berbanding negara yang ketinggalan dalam bidang ini. Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli bersama Pakar Ekonomi Kanan APAC, Moody’s Analytics, Katrina Ell dalam Niaga AWANI....more16minPlay
July 22, 2021Niaga AWANI: Pendigitalan PKS dengan Kempen Shop Malaysia Online dan Go-eCommerceDalam usaha mengembangkan ekonomi digital dan mendorong pemulihan ekonomi Malaysia, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah mengumumkan permulaan kempen Shop Malaysia Online (SMO) dan Go-eCommerce (GEC), iaitu usaha sama dengan Kementerian Kewangan (MOF). Kedua-dua kempen ini bertujuan memberikan sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan produk keluaran PKS, yang diadakan secara serentak dari 1 Julai – 31 Disember 2021. Antara rakan kerjasamanya termasuk peneraju platform e-Dagang Lazada dan penyedia perkhidmatan e-dompet gaya hidup Boost. Saksikan temubual bersama Wartawan Astro AWANI, Afiezy Azaman dalam Niaga AWANI....more49minPlay
July 21, 2021Niaga AWANI: Skim PeKa B40 | 33% disaring ada penyakit tidak berjangkitKira-kira 33% daripada 457,462 orang dalam kumpulan B40 yang menjalani saringan kesihatan menerusi Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) dikesan menghidap sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit.Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba yang dipetik Bernama berkata, antara penyakit tidak berjangkit yang dikesan melalui saringan berkenaan adalah kencing manis sebanyak 10.4 peratus, kolesterol tinggi (29.8 peratus), darah tinggi (13.8 peratus), masalah mental seperti kemurungan (1.6 peratus) dan keresahan (1.4 peratus).Skim PeKa B40 itu diuruskan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd yang menyediakan empat manfaat iaitu saringan kesihatan, bantuan alat perubatan sehingga RM20,000, insentif melengkapkan rawatan kanser (RM1,000) dan insentif tambang pengangkutan sehingga RM1,000.Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dan Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd, Dr Anas Alam Faizli....more18minPlay
July 20, 2021Niaga AWANI: Bekerja Dari Rumah: Apakah yang boleh bantu pekerja dengan efektif?Laporan terkini Randstad dedahkan 55% pekerja percaya pengalaman bekerja mereka dengan majikan ketika ini memotivasikan mereka untuk kekal di syarikat yang sama untuk jangka panjang. Namun, 37% dedah yang mereka sukar untuk capai keseimbangan antara kerja dan kehidupan. 30% lagi dedahkan bekerja di luar pejabat jadikan produktiviti mereka bertambah buruk kerana tekanan yang dihadapai ketika pandemik ini. Apa yang boleh dilakukan majikan untuk sokong pekerja yang bekerja dari rumah? Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dan Ketua Operasi Randstad Malaysia, Fahad Naeem dalam Niaga AWANI....more15minPlay
July 20, 2021Niaga AWANI: Berubah Melalui Pendigitalan: Dari kedai jahit kepada usahawan kedai roti berjayaSelepas berdepan tekanan pendapatan yang menurun akibat PKP, Marriani Che Mat yang menjahit pakaian pengantin tekad untuk ubah perniagaannya. Atas latihan daripada People Systems Consultancy Sdn Bhd, Marriani kini adalah pemilik kedai roti yang turut melihat kepada pemasaran digital untuk tarik lebih ramai pelanggan. Hasilnya, pendapatan Marriani kini meningkat daripada RM500 sebulan kepada sekitar RM5000 sebulan. Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli bersama Pengasas MyBread2u, Marriani Che Mat dan Pengarah Eksekutif, People Systems Consultancy Sdn Bhd, Raymond D. Gabriel dalam Niaga AWANI....more15minPlay
July 19, 2021Niaga AWANI: Trend ETF di pasaran Malaysia dan globalApakah inovasi dan trend yang disaksikan berkait ETF di Malaysia dan pasaran global? Pelabur manakah yang sesuai melihat ETF sebagai antara pilihan untuk pelaburan? Saksikan temubual Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli bersama Pengarah Urusan, Value Partners Malaysia, Durraini Baharuddin....more15minPlay
July 19, 2021Niaga AWANI: Unjuran Pasaran | Pasaran perhati jumlah kes COVID-19, vaksinasi...more13minPlay
July 16, 2021Niaga AWANI: Bagaimana 'Buy Now, Pay Later' bantu pengguna?Ketika ini lebih ramai pengguna atau orang ramai menggunakan platform digital sebagai medium pembayaran transaksi dan jumlah pengguna juga meningkat terutamanya di era pandemik COVID-19.Ini sekaligus membuka lebih banyak ruang dan peluang serta menuntut perniagaan beralih kepada pendigitalan dengan lebih baik....more20minPlay
FAQs about Niaga AWANI:How many episodes does Niaga AWANI have?The podcast currently has 1,592 episodes available.