
Sign up to save your podcasts
Or


Anjakan Pemikiran Mahasiswa - Membentuk Minda Geliga - Prof Diraja Dr Ungku Aziz
Tajuk : "Anjakan Pemikiran Mahasiswa: Membentuk Minda Geliga"
Tarikh : 21 Februari 2014 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Auditorium Tun Mohamed Suffian, Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya
Source : https://www.youtube.com/watch?v=NbytTNzFNII
Masyarakat Madani Malaysia - Satu Gagasan - Prof Dr Naquib al Attas
19 Dec 1996, UKM
Ceramah ini cuba menelusuri sejarah Melaka dan Pasai, yang merupakan dua buah kerajaan yang sangat masyhur lantaran peranannya sebagai pelabuhan yang cergas dengan kegiatan perdagangan antarabangsa di rantau Asia. Kemasyhurannya tersebar sampai ke Teluk Parsi dan akhirnya menjadi daya tarik kepada orang Portugis yang berjaya menaklukinya terutamanya Melaka pada tahun 1511. Pasai pula pernah menjadi bantu loncatan bagi Portugis pada tahun 1509 sebelum Melaka dijarahi sepenuhnya dua tahun kemudian. Dalam ceramah ini, dengan memanfaatkan sumber China, Portugis dan teks sastera klasik Sejarah Melayu dan Hikayat Raja Pasai, beberapa isu pensejarahan yang akan dibicarakan, di antaranya, termasuklah kesahihan silsilah raja-raja Melaka dan Pasai dan hubungan dua kerajaan ini dengan benua China. Juga akan disentuh ialah pernanan Islam di Pasai dan bila waktunya Islam bertapak di Melaka.
TENTANG PENCERAMAH Profesor Emeritus Dr Ahmat Adam lahir di Melaka pada tahun 1941. Beliau lebih senang dikenali sebagai seorang Sarjana Bebas. Beliau menerima pendidikan awal di sekolah Melayu sekitar tahun empat puluhan, kemudian beliau masuk ke Tranquerah English School dan seterusnya High School Melaka. Beliau melanjutkan pengajian di Universiti Malaya (1967-1970) dan School of Oriental & African Studies (1971-1975). Prof. Ahmat Adam telah menerbitkan enam belas buah buku dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Antaranya: Sulalat u's Salatin (2016), Antara Sejarah dan Mitos (2016), The Terengganu Inscription (2017), Hikayat Hang Tuha (atau Hikayat Hang Tua) (2018) dan Hikayat Raja Pasai (2019).
Origin : https://www.youtube.com/watch?v=n0GlGhewiA8
Hikayat Raja Pasai :Satu Penafsiran Baru - Dr Ahmat Adam
Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA), UKM
5 Sept 2019
From the publisher's feed