Nota Kaki Radio Arena

Nota Kaki Radio Arena

By ASTRO ARENASports
Download on the App Store

Nota Kaki Radio Arena episodes

  • NOTA KAKI EPISOD 10 - ODISI PARTISAN : SAKSI SEJARAH DI TANAH SEBERANG

    Gelora Bung Karno. 

    Buat mana-mana rakyat Malaysia, stadium keramat warga Jakarta ini dilihat ibarat medan perang. Tetapi buat Alfadli Awaluddin, lawan tetap lawan. Berbekalkan emosi, jiwa dan Jalur Gemilang, Alfadli menembusi Gelora Bung Karno untuk melihat Malaysia mencipta sejarah di pentas Piala AFF Suzuki pada tahun 2010. Masuk sebagai Alfadli, keluar sebagai Rambo. Ini kisah individu yang mencetus revolusi budaya sokongan bolasepak di Malaysia.

    30 min
  • NOTA KAKI EPISOD 9 - HIKAYAT ZIYAD : NEGARAKU DI BUMI RIO

    Ziyad Zulkifli melakar sejarah apabila menyumbang pingat emas buat Negara menerusi acara lontar peluru di Sukan Paralimpik 2016. Bermula di dapur, menyajikan sajian Char Kuetiau, akhirnya berdiri di puncak podium di bumi Amerika Selatan, serta mencipta 2 kali rekod dunia. Ini bukan dongeng penglipurlara. Ini Hikayat Ziyad Zulkifli : Negaraku di Bumi Rio.

    25 min
  • NOTA KAKI EPISOD 6 - DISORIENTASI : KELANA TANPA KONKLUSI

    Selepas kontrak di India ditamatkan lebih awal, Stanley Bernard cuba nasib di Indonesia, tapi kekacauan politik yang berlaku memusnahkan semuanya. Walaupun menyertai pemilihan bermula di Persibo Bojonegoro, Putra Samarinda sehingga Persiba Balikpapan, mereka buat keputusan untuk tidak mengambil Stanley atas faktor keselamatan.

    Stanley terpaksa berlindung 5 hari di Kedutaan Malaysia sehinggalah dapat tiket untuk pulang ke Malaysia dengan selamat.

    26 min
  • NOTA KAKI EPISOD 5 - SEMONGKO : EMAS JAKARTA YANG KEREN BANGET

    Skuad Takraw Malaysia berjaya menamatkan kemarau 24 tahun emas Sukan Asia bagi acara regu apabila melakukan keajaiban bangkit selepas tewas set pertama 18-21 kepada tuan rumah, Indonesia. Di set kedua, pada detik Malaysia ketinggalan 11-15, regu Malaysia bangkit meraih 11 mata paling keren untuk menang set kedua 22-20 dan muncul juara apabila menang set penentuan 21-11.

    Pertukaran tekong, pergeseran dengan keputusan berat sebelah wasit , dan serangan psikologi tuan rumah antara kenangan manis yang pasti terpahat diingatan Abdul Talib Ahmad, Syahir Rosdi, Zulkifli Abdul Razak, Azlan Alias, Farhan Adam dan Norhafizi Abdul Razak di bumi Palembang.

    24 min
  • NOTA KAKI EPISOD 4 - ADRENALIN : SELUMBAR MANCHESTER WIRA MALAYA

    Perang minda adalah perang yang paling sukar untuk ditawan.

    Azizulhasni Awang, 'The Pocket Rocketman', tubuh yang kecil tapi jiwa yang besar. Sepanjang 15 tahun yang lepas, Azizul tidak pernah serik memberi gambaran kemampuan yang dimiliki Malaysia sebagai sebuah negara, setiap kali dia masuk ke dalam gelanggang eclipse yang di gelar 'Velodrome'.

    Tetapi, dalam konteks kariernya, tahun 2011 mungkin menjadi detik paling ikonik dalam mengukir legasi buat Malaysia. Bukan pingat, bukan podium, ini kisah individu yang tidak pernah mengenal erti putus-asa. Selumbar Manchester, Wira Malaya.

    24 min
  • NOTA KAKI EPISOD 3 - TRAGEDI AJAIB : SAYONARA TOKYO

    Detik paling tertekan dan terkesan dalam diri pemain dan pencinta sukan hoki tanah air selepas The Speedy Tigers yang mendahului 5 - 2 suatu ketika, secara tiba-tiba hilang arah tujuannya, bagai kapal yang hilang nakhoda apabila dikejar Armada Samurai Biru dan dipaksa untuk terikat kepada 5 sama. Peluang kali kedua hadir, bila Tengku menyempurnakan pukulan sudut penalti untuk kedudukan 6 - 5. Kamikaze Samurai Biru sekali lagi dipamer dalam masa berbaki 20 saat terakhir. Sangat genting!. Sangat mendebarkan!. Semuanya akan terlerai dan terjawab dalam Tragedi Ajaib: Sayonara Tokyo.

    26 min
  • NOTA KAKI EPISOD 2 - HELLO : UTUSAN GULANA BADMINTON MALAYSIA

    Tiada siapa sangka, panggilan dari Eropah membawa perkhabaran jaguh perseorangan Badminton negara Datuk Lee Chong Wei positif ujian doping ketika Kejohanan Dunia di Denmark. Apatah lagi, ketika itu beliau masih berstatus pemain nombor 1 dunia. Di mana silapnya? Bagaimana bahan terlarang boleh berada di dalam badannya? Semuanya terjawab dalam Nota Kaki

    26 min
  • NOTA KAKI EPISOD 1 - UAE 10-0 MAS : 9 MINIT PALING JAHANAM

    Kelayakan Piala Dunia 2018 meninggalkan satu detik hitam dalam sejarah bola sepak Malaysia. Harimau Malaya diratah UAE 10 gol tanpa balas. Tanggal 3 September 2015 di Stadium Mohammed bin Zayed, bermula dari minit ke 16 hingga ke minit ke 25, gawang pasukan negara dibolosi empat kali dalam tempoh sembilan minit. Teraju utama seperti Dollah Salleh, Khairul Fahmi Che Mat dan Safiq Rahim pasti tidak dapat melupakan detik '9 minit paling bangsat' dalam karier bola sepak profesional mereka.

    23 min

About Nota Kaki Radio Arena

From the publisher's feed

Sukan Malaysia sememangnya penuh dengan kisah suka & duka. Ada juga cerita di sebalik cerita, yang mungkin masih tersimpan sebagai antara misteri di kalangan peminat sukan negara. Nota Kaki…