Hasrizal

Pendidikan Malaysia Kena Ikut Acuan Kita Sendiri?


Listen Later

Apabila saya kongsikan cerita mengenai sekolah-sekolah di Finland yang sama adil sama rata untuk semua murid di negara berkenaan, antara komen menarik yang saya terima ialah apabila munculnya dakwaan bahawa kita tidak boleh bandingkan Malaysia dengan Finland kerana pendidikan kita perlu mengikut acuan kita sendiri.

Soalannya, apakah yang dimaksudkan dengan acuan kita sendiri?
Memberikan pendidikan yang sama adil, sama rata untuk semua murid bukanlah inovasi yang dicipta oleh negara Finland berkenaan.
Ketika saya membaca buku Adab al-Mu'allimin yang ditulis oleh almarhum Muhammad Ibn Sahnun, meninggal dunia pada tahun 817 Masihi, lebih kurang kurun yang ketiga Hijriyah, saya tertarik dengan satu bab di dalam kitab berkenaan yang Ibnu Sahnun tajukkan sebagai "ما جاء في العدل بين الصبيان" iaitu "Bab Mengenai Berlaku Adil Kepada Anak-anak."
Di dalam kitab berkenaan, selain daripada soal adab-adab guru yang mengajar dan murid yang belajar, terdapat banyak kandungan membabitkan soal polisi dan dasar pendidikan, mengikut bahasa orang sekarang. Dan di dalam kitab itu, Ibnu Sahnun memetik sepotong hadis Nabi ﷺ daripada Anas bin Malik Rallahu Anhu Rasulullah ﷺ bersabda,
“sesiapa yang mendidik dan mengambil tanggungjawab ke atas tiga kanak-kanak daripada umat ini kemudian tidak mengajarnya secara saksama, bahawa yang miskin belajar bersama dengan yang kaya dan yang kaya bersama dengan yang miskin, maka pendidik itu akan dibangkitkan di Mahsyar bersama golongan pengkhianat.”
Walaupun hadis ini didhaifkan oleh Al-Nasa'ie, Ibn Main dan Al-Zahabi, penekanan yang diberikan oleh Ibn Sahnun di abad kesembilan itu boleh memberikan indikasi kepada kita bahawa pendidikan masyarakat di zaman itu ditekankan agar berbentuk egalitarian dan tidak elit.
Jika Ibnu Sahnun hidup pada tahun 2024 ini dan beliau berpeluang melawat sekolah-sekolah di Finland dan di Malaysia, negara manakah pada pandangan Ibnu Sahnun mengikut teladan pendidikan Islam yang beliau nukilkan di dalam kitabnya?
Dan kembali kepada persoalan asal jika kita tidak boleh mengikut contoh daripada negara lain kerana kita ada acuan kita sendiri, apakah acuan pendidikan kita yang kita dakwa itu?

...more
View all episodesView all episodes
Download on the App Store

HasrizalBy Hasrizal Abdul Jamil


More shows like Hasrizal

View all
The Thinking Muslim by Muhammad Jalal

The Thinking Muslim

200 Listeners