PM Tepi

PM Tepi

By Akim, Fatih Hyun & HanisahSociety & Culture
Download on the App Store

PM Tepi episodes

  • Episode 04: Logik Korea dan Common Sense
    Banyak sangat benda baru yang viral sekarang melibatkan 'common sense'. Bukanlah nak dikata generasi sekarang kurang adab atau 'common sense' tapi sama-samalah kita nilai sendiri. Juga kita renungi bersama nasib bangsa yang kian kronik moralnya.
    46 min
  • Episode 03: Trust Issue
    Tidak semua yang datang dalam hidup itu indah. Terkadang yang datang itu menambah luka lalu membuat kau tersentak dari tidur yang panjang. Barulah kau sedar akan hakikat dunia ini yang penuh dengan tipu daya: 
    "The world is not going to be easy for you"
    Perlu kau sedar, ada masa kau perlu beralah, juga ada masa untuk kau bertegas, stand for yourself. Because no one will do that except this body, this soul; you. Bukanlah niat untuk mengapi-apikan kemarahan di dada tapi buat pengajaran buat diri dan kau yang membaca. Kerana tiada guru yang lebih baik dari pengalaman yang dikongsi buat kebaikan bersama. Tiada juga kusimpan dendam buat mereka, malah aku berterima kasih untuk pengalaman yang dapat kukongsi buat semua.
    42 min
  • Episode 02: Lagu dan Realiti
    Pada aku, lagu dan kehidupan itu bergerak seiring. Seawal bayi, kita sudah didendangkan dengan alunan zikir harian atau lagu-lagu rakyat yang dilontarkan oleh ibu-ibu kita mengiringi tidur kita di dalam buaian. Seiring dengan perkembangan tamadun manusia, bidang muzik juga turut berkembang mengisi alam. Maka pada episod kali ini, kami bentangkan pandangan mengenai sesetengah lirik lagu yang mungkin ada mendatangkan kesan dalam kehidupan. Bukanlah tujuan di sini untuk menunjuk hebat mengkritik hasil karya orang, tapi hanyalah sebagai peringatan buat diri dan yang lain mengenai realiti kehidupan. Juga dikupas sedikit isu mengenai cinta dan seorang insan yang kita mungkin sudah lupakan. Mungkin.
    49 min
  • Episode 01: Kelawar oh Kelawar!
    Tahun 2020 dan isu covid-19 adalah satu benda yang tidak asing lagi, malah seolah satu simpulan yang begitu serasi ikatannya. Untuk episod pertama, aku rasa wajar sekali isu ini diulas, melihatkan kesannya yang mendalam untuk seluruh negara amnya dan sektor pendidikan khasnya. Juga diulas tentang pandangan sisi anak muda berkenaan kancah politik yang bermain sewaktu musim covid ini. 
    Disclaimer: This is authentically our opinions, no bias to any party.
    39 min

About PM Tepi

From the publisher's feed

Take a sip of authentic opinions while we chill and relax listening to life issues. Nak sembang? Pm tepi [email protected]