
Sign up to save your podcasts
Or


Nak kahwin tapi tak tahu macam mana nak cari calon. Pening wei rasa tak tahu kat mana nak cari calon ni. Ada orang suggest guna apps Tinder untuk cari jodoh, ok ke? Tapi kita orang ada rahsia yang lagi baik untuk cari calon yang baik, nak tahu kena tengok full la ye. Jangan lupa like, share dan subscribe untuk tak tertinggal episode mingguan kami, Setiap Sabtu 9 malam.
Nak jaga hubungan sebelum nikah, tapi tak tahu apa yang perlu dan patut dibincangkan semasa fasa perkenalan bagi mendapatkan keserasian dengan bakal pasangan? Jika anda mencari jawapannya, mari dengarkan episod kali ini ‘Apa patut dibincangkan pada fasa perkenalan untuk mendapatkan keserasian?’ Jangan lupa like, share dan subscribe untuk tak tertinggal episode mingguan kami, Setiap Sabtu 9 malam.
“Nak anakkkk. Tapi tak dapat-dapat lagi rezeki anak.. Macam mane nak remain calm apabila berada dalam situasi mcm ni T__T“ Special ya episod hari ni, soalan yg ditanyakan berkaitan zuriat 🥰🥰 Ok, jom kita dengarkan perkongsian ini supaya kita clear anak ini apa sebenarnya dalam kehidupan suami isteri dan semoga pasangan yang masih belum direzekikan untuk mendapat anak agar sentiasa tenang2 dan bahagia2 sentiasa 😊😊
Bila nak kahwin tiba-tiba terfikir alamak banyak pulak tanggungjawab bila dah kahwin nanti. Kena jadi terbaik kat parents, isteri, anak-anak, family lagi. Ada yang rasa overwhelmed dan takut untuk kahwin. Jangan risau kami kongsi cara nak bersedia untuk uruskan tanggungjawab ni. Semoga podcast ni bermanfaat, sebarkan kepada kawan-kawan lain! Jangan lupa like, share dan subscribe untuk tak tertinggal episode mingguan kami, Setiap Sabtu 9 malam.
Siapa yang dah bersedia nak kahwin, ada yang kita dah berkenan, mesti terfikir macam mana nak memulakan langkah? Macam mana nak meluahkan, nak melamar, nak approach si dia yang kita suka tu. Jom dengar apa langkah yang terbaik patut korang buat untuk menuju kebahgian :)
Semoga podcast ni bermanfaat, sebarkan kepada kawan-kawan lain! Jangan lupa like, share dan subscribe untuk tak tertinggal episode mingguan kami, Setiap Sabtu 9 malam.
Follow kami di Youtube, Instagram, Spotify, Tiktok
Semua orang mesti pernah lalui benda ni kan? Tiba-tiba berkenan dekat seseorang, tersuka, ter'crush' pulak. Asyik fikir pasal dia je. Bak kata orang mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang. Aduhhh payah gak macam ni. Jom dengar apa yang patut korang buat. Follow kami untuk tak terlepas, Episode baru setiap sabtu 9 malam
Minggu ni kami dapat luahan! Ada yang rasa diri dia tak cantik, dia rasa kurang keyakinan, dan dia terfikir nanti ada ke orang nak kahwin dengan dia. Kami tahu bukan dia seorang je ada rasa macam tu. Ramai lagi remaja di luar sana sama ada lelaki mahupun perempuan yang turut menghadapi isu yang sama kan kan kan? ;) J
adi jom dengarkan perkongsian kami tentang perkara ini. Untuk yang rasa diri dia hensem dan cantik, korang pun kena dengar tau sharing kami ni! Ada mesej penting yang korang kena ambil daripada sembang santai episod kali ini. Kalau korang rasa podcast ini bermanfaat, sebarkan kepada kawan-kawan lain! Enjoy! ;)
Selalu kan kita dengar fasa pertunangan ni tempoh yang mencabar dan kita akan diuji macam-macam? Haa....hari ni kami nak share dengan korang macam mana kami lalui tempoh pertunangan kami. Jom dengarkan dan korang nilai sendiri betul ke fasa pertunangan ni sangat mencabar!
Duit hantaran mahal woihh!! Nak kahwin, duit tak cukup2. Macam mana nak buat??
Dilema kebanyakan remaja akhirnya bertangguh2 nak mendirikan rumah tangga. Bukan isu apa pun sebenarnya. Isu takdaa duittt. 🤑🤑🤑
Mari dengarkan perkongsian pengalaman kami tentang perbelanjaan dan persiapan awal yang boleh dilakukan. Semoga bermanfaat!
Pening kan fikir pasal jodoh ni kan? Betul ke tu jodoh aku?
Ada yang dah berkahwin tapi akhirnya berpisah. So macam mane kita nak tahu siapa jodoh kita ni? 🙇🏻🙇🏻♀️
From the publisher's feed