Setiap kita perlu ada sifat malu kerana ia elemen penting dalam proses tapisan kendiri. Jika malu tak bertempat, banyak tugas tak siap. Contohnya, malu bertanya. Jangan pula buang terus rasa malu. Malu pada Allah yang sentiasa melihat gerak-geri kita. Malu nak buat maksiat, menipu, terima rasuah, buli atau mengambil kesempatan ke atas orang lain.