Hos:
NUR IZYAN KAMILIA BINTI KAMAL (2025184707)
MUHAMMAD FIRDAUS BIN IBRAHIM (2025306449)
DANIA BALQIS BINTI SUHAIMI (2025382433)
Tetamu: AFIQAH JALIL (Live Host Presenter, Content Creator & Key Opinoin Leader (KOL)
Sinopsis: Podcast Sosiowara edisi "Mitos vs Realiti Siswa" membincangkan secara mendalam stigma "generasi manja" yang sering dilekatkan kepada mahasiswa dan Gen Z masa kini dengan menampilkan alumni dan personaliti media sosial, Afiqah Jalil, sebagai tetamu jemputan. Perbincangan ini merungkai punca label tersebut, seperti penekanan terhadap kesihatan mental dan keseimbangan kerja-kehidupan (work-life balance), yang sering disalah tafsir sebagai kelemahan oleh generasi terdahulu sedangkan realitinya mahasiswa kini berhadapan dengan cabaran berbeza seperti kos sara hidup yang tinggi dan ketidaktentuan masa depan. Melalui kupasan kesan negatif mitos ini terhadap motivasi siswa dan kepercayaan majikan, podcast ini berjaya mencapai objektifnya untuk membuktikan bahawa keberanian generasi kini untuk jujur tentang emosi dan hak mereka bukanlah tanda kemanjaan, sebaliknya merupakan satu bentuk adaptasi terhadap realiti sosial yang semakin kompleks.
Supervising Executive Producer: Aeyneda Zairyn Abdul Jalil