
Sign up to save your podcasts
Or


Bahagian 2 menyambung naratif masa depan pendidikan pasca-AI. Dari impak algoritma terhadap kreativiti manusia, hingga strategi pembelajaran berasaskan nilai dan identiti. Episod ini menggali cabaran dan peluang dalam dunia yang dikawal data, tetapi masih memerlukan jiwa. Siapa kita tanpa sistem? Dan bagaimana kita membina semula arah?
Dalam episod ini, kita membedah dilema zaman: apakah yang tinggal untuk manusia selepas mesin mengambil alih rutin, kecekapan, dan malah kreativiti? Naratif ini mengupas pendidikan, integrasi teknologi, serta potensi kebangkitan semula insan dengan nilai. Satu seruan buat mereka yang ingin faham masa depan – bukan sekadar hidup di dalamnya. #MesinSelepasManusia #Podmonolog #Futurisme #ManusiaBaharu #RevolusiSenyap #StreetMadani #AugmentedMindset #TeknologiDanNilai #PascaNormal
Rakyat tak marah kosong. Mereka marah sebab penat dijanjikan harapan tapi tetap dihimpit tekanan. Episod ini membongkar punca sebenar kemarahan rakyat — dari harga barang ke politik yang makin menjauh. Ini bukan sekadar luahan, tapi isyarat sistem yang makin rapuh.
#Podmonolog #KenapaRakyatMarah #RakyatBangkit
Musuh kini tak lagi datang bawa pedang, tapi bawa naratif palsu. Dalam Bahagian 2 ini, kita bongkar watak-watak ‘hero’ yang disanjung tapi sebenarnya perosak bangsa. Jangan terus jadi watak tambahan dalam cerita yang sedang menghancurkan kita!
“Kisah ‘Kuda Hikayat’ membuka topeng musuh dalam sistem. Bila penyelamat yang disambut rupa-rupanya pembawa kehancuran. Dari sejarah Troy ke politik Malaysia — episod ini bongkar cara musuh menyusup, dan rakyat jadi mangsa naratif. Ini bukan dongeng. Ini amaran.”
#KudaHikayat #PecahkanTembokKesedaran #SafwanZuber #Podmonolog
From the publisher's feed