Dapat gaji, semua orang seronok. Sebulan membanting tulang empat kerat, tiba masa hari gaji masuk - terus hilang lelah bekerja.
“Alhamdulillah dapat aku beli barang dapur, bayar rumah dan kereta, dan belanja keperluan keluarga”
Ini juga adalah keseronokan - namun keseronokan begini tidak kekal lama. Anda akan mahukan lebih keseronokan..
Selesai bayar segala komitmen, duit baki mula diintai -intai. Akal fikiran mula menghitung-hitung.. “Kalau beli ni.. best jugak nih..”
‘Beli ni..’ tu yang bahaya sebab ianya kehendak bukanlah keperluan. Kalau keperluan, dah dimasukkan dalam bil komitmen. Apa sebab ni terjadi ?
Kerana #keseronokan yang ada pada duit ialah bila kita membelanjakannya. Menyimpan duit seronok tak ? Tak seronok..
Belanja duit seronok tak ? Seronok bukan kepalang...
Maka, wang di dalam bentuk duit kertas jika dibiarkan atau disimpan - anda akan terbelanjakannya sebab mahukan keseronokan.
Atau istilahnya - KEBOCORAN WANG.
BAGAIMANA NAK ATASI MASALAH NI ?
Jom dengarkan perbincangan oleh panelis hebat kita iaitu Tuan Muhammad Habib Zaid, Founder Master Dealer dan Puan Nur Izzati Amira Ridzwan, Founder Master Dealer bersama Moderator Tuan Ahmad Fahmi Adnan.