Statistik yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mempunyai dana kecemasan yang kukuh.
52% rakyat sukar untuk sediakan jumlah wang sebanyak RM1,000 untuk kecemasan
24% rakyat sahaja boleh menampung perbelanjaan selama 3 bulan atau lebih
10% rakyat sahaja boleh menampung perbelatinjaan lebih daripada 6 bulan
Ini bukan sembang kari, sembang terbang ke sembang mambang. Ini adalah situasi yang sedang berlaku sekarang yang telah dikaji oleh badan kebangsaan yang diiktiraf.
“Alah, bukan penting pun ada dana cemas ni. Gaji kan masuk setiap bulan. Malaslah”.
Kawan-kawan, nama pun dana cemas. Kita wujudkan dia untuk bantu kita dalam keadaan darurat dan luar jangka.
Pada hemat saya, hanya orang yang boleh nampak masa depan je yang dibenarkan tak kumpul dana cemas. Itu pun saya rasa, jika dia boleh tengok masa depan, LAGI DIA NAK SIMPAN DANA CEMAS.
Masa depan tak selalunya cerah kawan-kawan.
Tak payah pergi jauh. Ingat tak, kita visualize tahun 2020 sebagai tahun yang mana kita rasa bahagia, maju dan makmur? Tetapi, nah! Terbukti tuhan uji kita dengan sesuatu yang langsung kita tak jangka.
Siapa jangka disebabkan pandemik, ambil contoh industri pelancongan dan makanan, yang selama ini mantap boleh terjejas?
Siapa sangka anak-anak tak boleh ke sekolah.
Dan, siapa sangka kita boleh kehilangan kerja, sedangkan kita pekerja terbaik setiap bulan??? Siapa boleh jangka?
Kawan-kawan, pastinya setiap ujian tuhan turunkan dengan pengajaran.
Alangkah ruginya kita kalau kita tidak ambil pengajaran ini untuk menjadi lebih baik di masa hadapan.
Jika kita tahu, kita akan rasa susah ketika darurat dari segi kewangan, tak salah untuk kita buat tabungan awal agar kita selamat daripada rasa tersepit dan terdesak.
Jom dengarkan G100 talkshow minggu ini "SIMPAN EMAS SEBAGAI DANA KECEMASAN? BILA NAK GUNA DAN BAGAIMANA CARANYA?" bersama moderator Pn Sakinah Ali Badri (Priority dealer) dan panel Tn Mos Azzadi Mahfoz (Master Dealer) dan Pn Norhidayah Tukiran (Star Master Dealer). Semoga perkongsian ini dapat meberi manfaat kepada semua.
Untuk belajar dan mendalami lebih ilmu kewangan, emas dan bisnes, sila layari pautan Laman Web Rasmi G100 Network di http://g100.my. #G100Network ialah gudang ilmu di mana kami suka berkongsi manfaat kebaikan menyimpan emas/perak & peluang bisnes kepada semua orang. Mohon Share, Like & Subscribe channel podcast G100 Network.