
Sign up to save your podcasts
Or


Episod ini adalah bahagian akhir perbincangan berkenaan teori Evolusi dan akan menjawab sejauh mana kebenaran bahawa sejumlah saintis Islam telah pun mendahului Darwin mengemukakan teori Evolusi Spesis ini.
Dalam suasana yang disifatkan oleh Menteri Kesihatan kita berada dalam "double trouble" bagaimanakah pula cara kita hendak menggandakan Iman kita? apakah tahap yg sepatutnya Iman kita berada sekarang? Ikuti ulasannya dalam episod petang ini.
Siri kali ini membicarakan berkenaan metodologi yang sewajarnya diikuti dalam menghadapi dakwaan "percanggahan" antara Sains dengan Wahyu.
Antara kekeliruan yang sering berlaku dalam masyarakat Islam kini ialah kedudukan individu yg melakukan perkara yang Kufur atau Syirik adakah dia Murtad atau tidak? adakah murtad hanya terhad kepada Menukar Status Agama? Ikuti pencerahannya dalam episod kali ini.
Tiga Asas Falsafah Darwinisme yang bercanggah sama sekali dengan Islam yg tidak memungkinkan khurafat darwin ini diharmonikan dengan Wahyu.. ikuti penjelasannya dalam episod kali ini.
Membicarakan isu Sujud untuk makhluk; bagaimana kita hendak membezakan sujud hormat dengan sujud ibadat? Apakah hukum setiap satu perlakuan tersebut? Ikuti penjelasan ringkas dalam episod kali ini.
Episod kali ini memulakan tema baharu dalam perbincangan kita berkenaan Teori Darwin iaitu muqaddimah bagi menjawab golongan "Theistic Evolution", sejauh manakah kewajaran teori Darwin ini perlu diharmonikan dengan Nas-nas Wahyu?
Menyingkap hakikat Perayaan Krismas yang bersusur galur kepada agama Pagan.
Penjelasan Ringkas buat Muslim dan Muslimah berkenaan hukum perayaan dan festival orang kafir dan sikap yang wajib ke atas mereka dalam menghadapi situasi tersebut bersandarkan Manhaj Islam yang tulen bersumber Wahyu Ilahi dan kefahaman Ahli Sunnah Waljamaah.
From the publisher's feed