Nadia seorang mahasiswi yang bijak dan baik budi pekerti. Namun kehidupannya tidak seindah yang disangka. Nadia menjadi mangsa diskriminasi dek kerana rupa paras dan fizikalnya tidak secantik orang lain. Dia tabah menghadapi cacian, makian dan ejekan masyarakat terhadap dirinya sehinggalah dia bertemu Liza, Anis dan Kamal.