
Sign up to save your podcasts
Or


Housemate Hanat membincangkan topik-topik masa kini yang sangat dekat dengan remaja dan orang dewasa yang setiap dari kita mempunyai struggle yang tersendiri untuk menempuh kehidupan yang penuh cabaran.
Percaya atau tidak, pendidikan sudah menjadi sebuah industri. Industri = peluang bisnes dan tempat buat duit. Makin ramai yang berkehendak nak masuk universiti dan belajar untuk segulung ijazah, makin banyak kapitalis buat duit. Adakah silibus di univerisit tidak boleh kita belajar di sekolah? Satu kos bertahun-tahun dan beribu duit, tidak boleh ke kita pendekkan masa belajar untuk kurangkan kos supaya “education untuk semua?”
Kita ditipu selama ini. Selamat berfikir.
Salah guna kuasa polis bukanlah hal baru di negara ini. Pada September tahun lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 29 tahanan selama hampir 50 hari meskipun telah mendapat arahan dari Mahkamah Majistret untuk membebaskan kesemua tahanan. Kita maklum, polis di negara ini mempunyai sejarah hitamnya yang tersendiri. Jangan kita lupakan nama Aminulrasyid Amzah, Teoh Beng Hock, Chandran Muniandy yang merupakan sebahagian dari kes bahawa salah guna kuasa polis seringkali digunakan pada masyarakat awam dan mereka yang berlawanan dengan kerajaan.
Bersama tetamu jemputan, Dobby Chew, pegawai di Suaram Rakyat Malaysia (SUARAM) mengupas lebih lanjut tentang salah guna kuasa polis di Malaysia
Spektrum politik antarabangsa antara agama sangat memuncak dengan kebencian. Dari kenyataan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, sehingga tweet Tun Mahathir yang menambahkan lagi kebencian dengan menghalalkan pembunuhan.
Bersama Sharifah Nursyahidah, Dialog Sembang Politik akan membincangkan tentang kesan-kesan pandemik – peningkatan kes – perebutan kuasa – PKP yang berlarutan dan sebagainya kepada warga miskin bekerja.
From the publisher's feed