Bob Iger merupakan salah seorang CEO yang disegani ramai, dan telah menerajui syarikat Disney untuk beberapa tahun. Baru-baru ini, beliau telah mengumumkan persaraan, dan memilih pengganti baru yang akan menerajui syarikat kandungan terkemuka berkenaan. Pada episod kali ini, kami melihat kembali kepada apa yang telah dilakukan oleh Bob Iger ketika di tampuk pengurusan Disney.