
Sign up to save your podcasts
Or


Kali ini bersama host Tok Rimau bersama tetamu Sambal Kicap Podcast iaitu Jibam a.k.a Sifu Kompang yang akan berkongsi pengalaman perjalanan hidup beliau dalam mencari erti "ESCAPISM" yang sebenar untuk dirinya. Mari le sama-sama kita throwback kisah lama dan cipta perkara baru bersama Melompat lebih tinggi! #sambalkicappodcast #tompokbudaya
01 EP - Bersama host Fahmie Yaacob mewawancara Tok Batin Kais tentang asal usul sejarah lama Orang Asli Seletar sehingga kehidupan mereka sekarang sebagai orang Melayu Proto (pertama) mendiami kawasan perairan Johor Bahru.
Teks Wawancara: Ahmad Fitrie
Audio & Gambar: Ezammuddin Khamis
Berdirinya Sekolah-sekolah Alternatif di Malaysia kerana kesan isu sosial, pendidikan dan kemanusiaan terhadap nilai kehidupan anak-anak kecil di tanah air ini. Bersama host Ghazali Bunari dan panel Rahayu Baharin dari Buku Jalanan Chow Kit akan berkongsi tentang hal Pengurusan Pelajar, Kurikulum, Sukarelawan & Kewangan yang mereka laksanakan untuk anak-anak jalanan ditengah Kotaraya Kuala Lumpur. Mengetahui hal-hal ini adalah sesuatu yang perlu kerana tanpa sedar Sekolah-sekolah Alternatif ini sedang membangun perubahan dari pelbagai sudut termasuk kualiti kehidupan untuk masa depan Malaysia. Audiosiar ini diambil dari Webinar: Sekolah-sekolah Alternatif pada Disember 2020.
Berdirinya Sekolah-sekolah Alternatif di Malaysia kerana kesan isu sosial, pendidikan dan kemanusiaan terhadap nilai kehidupan anak-anak kecil di tanah air ini. Bersama host Ghazali Bunari dan panel Mukmin Nantang dari Borneo Komrad akan berkongsi tentang hal Pengurusan Pelajar, Kurikulum, Sukarelawan & Kewangan yang mereka laksanakan untuk anak-anak tanpa negara. Mengetahui hal-hal ini adalah sesuatu yang perlu kerana tanpa sedar Sekolah-sekolah Alternatif ini sedang membangun perubahan dari pelbagai sudut termasuk kualiti kehidupan untuk masa depan Malaysia. Audiosiar ini diambil dari Webinar: Sekolah-sekolah Alternatif pada Disember 2020.
From the publisher's feed