SBS Bahasa Melayu

SBS Bahasa Melayu

Download on the App Store

SBS Bahasa Melayu episodes

  • Australia Sekat Remaja 16 Tahun Ke-Bawah Memiliki Akaun YouTube
    Australia menjadi negara pertama di dunia mengenakan larangan ke atas remaja 16 tahun ke bawah dari memiliki akaun YouTube. Larangan ini selaras dengan langkah kerajaan Australia melindungi golongan remaja dan kanak-kanak kecil dari menjadi mangsa pencabulan dan penderaan seksual yang kini wujud di laman web.
    7 min
  • Anak Perantauan Berjiwa Malaysia Anjur Pesta Piala Merdeka
    Tanggal 31 Ogos, 2025 ini, genap 68 tahun sejak negara Malaysia mencapai kemerdekaan dari jajahan British. Sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini, Komuniti Malaysia Victoria bakal mengajur Pesta Piala Merdeka yang akan melihat anak Malaysia bertanding dalam pelbagai acara sukan, termasuk liga sepak penalti, bowling, sepak takraw dan badminton. Zahari Afendi, co-penganjur Pesta Piala Merdeka tahun ini memberitahu Zaini Ahmad, sukan sememangnya suatu arena yang mampu mengeratkan lagi silatulrahim di kalangan warga Malaysia di perantauan.
    11 min
  • First Nations representation in media: What’s changing, why it matters - Pemaparan Warga Pertama Australia Oleh Media Massa: Gambaran Negatif Dan Perubahan Yang DiPerlukan
    The representation of Indigenous Australians in media has historically been shaped by stereotypes and exclusion, but this is gradually changing. Indigenous platforms like National Indigenous Television (NITV) and social media are breaking barriers, empowering First Nations voices, and fostering a more inclusive understanding of Australia’s diverse cultural identity. Learning about these changes offers valuable insight into the country’s true history, its ongoing journey toward equity, and the rich cultures that form the foundation of modern Australia. Understanding Indigenous perspectives is also an important step toward respectful connection and shared belonging. - Sekian lama, penyertaan kaum orang asli dalam industri media Australia dipenuhi dengan gambaran stereotaip atau mereka telah dikecualikan sesama sekali. Namun, situasi ini kian berubah dengan kewujudan saluran penyiaran orang asli, NITV, serta platform media sosial khusus untuk golongan Warga Pertama Australia. Saluran sebegini memecah tembok pengecualian serta bertindak sebagai pembesar suara kaum orang asli, sekaligus memupuk pemahaman di kalangan masyarakat umum negara ini mengenai perjuangan yang dilalui oleh kaum Aborigine dan Orang Kepulauan Selat Torres.
    12 min
  • Lawatan Latihan Ke Melbourne Mendorong Team Bola Jaring Johor Sasar Pingat Emas
    Pasukan bola jaring Johor berpeluang mengambil bahagian dalam lawatan latihan ke Melbourne baru-baru ini bertujuan meninjau kemudahan serta latihan yang disediakan untuk team Australia, dianggap antara pasukan netball terbaik di dunia. Antara program lawatan latihan ini, pasukan bola jaring Johor berpeluang mengambil bahagian dan memenangi perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan. Presiden Persatuan Bola Jaring Johor, YB Alwiyah Talib, memberitahu SBS Bahasa Melayu bahawa pasukan negeri Johor sememangnya bernasib baik kerana sukan ini menerima sokongan dan bantuan padu daripada DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Penaung Diraja Persatuan Bola Jaring Negeri Johor, YAM Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor. Ikuti perbualan YB Alwiyah bersama Zaini Ahmad.
    14 min
  • Warga Malaysia Ubati Rindu Tradisi Tanahair Anjurkan Pasar Malam Di Melbourne
    Siapa yang tak suka pasar malam? Ianya sinonim dengan Malaysia dan bagi mereka yang merantau ke luar negara, aktiviti mengunjung pasar malam sememangnya dirindui. Kini di Melbourne, tiga warga Melayu bersemangat keusahawanan berjaya menganjurkan sebuah pasar malam hujung minggu di Noble Park, lebih kurang 30 kilometer di selatan Melbourne. Zaini Ahmad mengunjungi pasar malam, The Colours of Light Winter Night Market, dan ianya tidak mengecewakan.
    8 min
  • Pemakanan Golongan Migran Kurang Sihat Punca Kencing Manis dan Sakit Jantung
    Pemakanan kurang sihat adalah punca utama peningkatan penyakit, termasuk kencing manis dan sakit jantung di kalangan golongan migran. Kini, Yayasan Nourish Nation menganjurkan pelbagai program bertujuan mendidik golongan pendatang tentang kepentingan menukar diet demi menjaga kesihatan. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Nourish Nation, Dr Raju Adhikari, memberitahu Zaini Ahmad, tekanan penghijrahan adalah antara punca pemakanan yang kurang sihat di kalangan pendatang baru ke Australia.
    13 min
  • Menyambut Seruan Ilahi - Penutup
    Kini, lebih 1.6 juta jemaah telah pun berangkat pulang ke tanahair masing-masing setelah mengerjakan ibadah Haji mereka di Tanah Suci Mekah. Antaranya, seorang warga Melayu Australia yang telah berkongsi pengalaman beliau dari mula sehinggalah ke penghujung perjalanan beliau mengerjakan rukun Islam yang kelima. Ikuti perbualan Zaini Ahmad dengan rakan beliau yang kini layak digelar, Haji Juanda Ismail.
    20 min

About SBS Bahasa Melayu

From the publisher's feed

Berita dan rencana yang bebas dan seimbang melalui SBS Audio, yang menghubungkan anda dengan kisah kehidupan di Australia, termasuk masyarakat yang bahasa ibundanya ialah Bahasa Melayu.