Muktamar PAS sudah melabuhkan tirainya, tetapi bahang politiknya masih terasa. Dalam episod Explain Sikit, Kini! kali ini, Mastura Malak bersama penganalisis politik Dr Awang Azman Awang Pawi dan bekas editor Malaysiakini serta aktivis kebebasan media, Fathi Aris Omar, mengupas hala tuju PAS selepas Muktamar , termasuk rundingan dengan UMNO, masa depan Perikatan Nasional, kemungkinan kerjasama dengan Pakatan Harapan serta persoalan siapa bakal menerajui parti selepas era Abdul Hadi Awang.
Turut menjadi tumpuan ialah kontroversi kenyataan “sokong PAS masuk syurga”, agenda Islamisasi jika PAS berjaya menuju Putrajaya, peranan GPS dan GRS serta potensi PAS menjadi kingmaker selepas PRU16. Adakah PAS semakin hampir ke Putrajaya? Siapa yang layak menjadi Perdana Menteri jika gabungan PAS dan UMNO berjaya membentuk kerajaan? Saksikan kupasan penuh dalam Explain Sikit, Kini bersama Mastura Malak
-----------------------
#ExplainSikit #PAS #PASBERSATU #perikatannasional #UMNO #hadiawang #zahidhamidi #anwaribrahim #Pakatanharapan #Wawasan #pejuang #DAP #Samsuri #Sanusi
-----
Jika anda menyukai laporan yang kami hasilkan, kami amat berbesar hati jika anda boleh membuat sumbangan kepada kami.
Anda boleh menyumbang dengan klik pada pautan yang disertakan: https://membership.malaysiakini.com/donation/kinitv
Anda juga boleh mendengar Sekilas Fakta yang kini berada di:
Spotify: https://mk.my/A1IGfbX
Apple Podcasts: https://mk.my/sYM0FOY