
Sign up to save your podcasts
Or

![Selebriti Podcast: Ara Johari - SYOK Podcast [BM]](https://podcast-api-images.s3.amazonaws.com/corona/show/6703226/logo_300x300.jpeg)
Dalam episod akhir, nasihat Ara Johari kepada sesiapa yang ingin menjadi seorang artis adalah sangat simple. Korang kena berbakat, rajin dan paling penting attitude korang kena baik punya. Kalau tak, nak sustain dalam industri ni memang susah!
Ara Johari dikecam teruk selepas memenangi Naib Johan di AJL, bagi Ara kecaman itu biasa sebagai seorang penyanyi. Ramai yang tidak tahu hidup realiti seorang penyanyi, ramai bersangka hidup mereka sentiasa indah. Takkan nak tunjuk struggle kat semua orang.
Episod kali ini, Ara Johari berkongsi cerita tentang waktunya berada dalam Akademi Fantasia. Segala pahit, manis, dikecam dan segalanya semasa berada dalam Akademi Fantasia.
Kalau dulu masa zaman sekolah, cikgu akan tanya apa cita-cita kita, betul tak? Ara Johari punya jawapan memang nak jadi penyanyi sejak kecil lagi. Struggle Ara meletak diri dalam industri memang sukar tetapi diredhai oleh kedua ibu bapanya. Bermula dari uji bakat Akademi Fantasia sehingga sekarang.
Dalam episod pertama Selebriti Podcast Ara Johari yang berbakat, kita membongkar bagaimana Ara mencipta lagu-lagunya. Temui rahsia di sebalik proses penulisan lagu mengikut situasi sekeliling. Sama ada anda peminat muzik Ara atau seorang penulis lagu yang muda, episod ini adalah wajib didengar bagi sesiapa yang mencari inspirasi dalam dunia muzik.
From the publisher's feed