
Sign up to save your podcasts
Or

![Selebriti Podcast: Dato Sheila Majid - SYOK Podcast [BM]](https://podcast-api-images.s3.amazonaws.com/corona/show/6747085/logo_300x300.jpeg)
Dalam episod akhir ini, Dato Sheila Majid meninggalkan pesanan kepada bakal pelapis seni tanah air untuk abaikan glamor dan populariti, bahkan kekalkan fokus kepada bakat yang sedia ada dan jangan pernah putus asa jika ingin berada dalam arena seni tanah air ini.
Merakam sebuah album tidak mudah dan tidak murah! Disebabkan ingin sebuah album baharu, peminat-peminat Dato Sheila Majid gigih mengumpul dana untuk dia mengeluarkan sebuah album baharu iaitu "Boneka".
Episod kali ini, Dato Sheila Majid berkongsi tentang pembikinan album Ku Mohon serta meluahkan perasaan tentang betapa pentingnya muzik dilihat sebagai seni budaya dan bukan semata-mata sebagai hiburan sahaja. Beliau memberi contoh negara jiran yang memartabatkan penggunaan dialek dalam muzik untuk mengekalkan seni budaya negara.
Lagenda dan ikon yang panggil diagungkan dan dicintai, Tan Sri P. Ramlee sememangnya pewira dan idola bagi Dato' Sheila Majid sehingga beliau merakamkan album khas berjudul Lagenda. Ramai yang tidak setuju dengan keinginannya untuk merakam semula lagu-lagu P.Ramlee dan memberi nafas baharu. Namun, Sheila Majid hanya ingin menabur bakti kepada idolanya dan ingin kekal warisan beliau supaya generasi muda akan sentiasa mengenali lagu-lagu Lagenda tanah air.
Dibesarkan oleh seorang bapa yang mengutamakan akademik, Dato Sheila Majid pernah risau bagaimana ingin dapatkan restu ayahanda untuk menjejak kaki ke industri muzik. Selepas menduduki peperiksaan SPM, Sheila Majid beranikan diri minta restu daripada arwah ayah untuk menyanyi.
From the publisher's feed