
Sign up to save your podcasts
Or

![Selebriti Podcast: Haidar Hasanudin - SYOK Podcast [BM]](https://podcast-api-images.s3.amazonaws.com/corona/show/6833981/logo_300x300.jpeg)
Perjalanan Haidar dalam industri seni tanah air masih jauh lagi. Tapi ia tidak mematahkan semangat Haidar malah ia menjadi pembakar semangat untuk Haidar sebagai anak seni.
Sisi Haidar yang orang tidak tahu. Adakah Haidar sombong atau garang? Adakah Haidar sama sepertimana yang ditonjolkan di media sosial? Haidar bongkarkan sisinya yang ramai tidak tahu.
Menerima kecaman adalah lumrah kehidupan sebagai seorang pelakon ataupun anak seni. Haidar kongsikan detik pertama terima kecaman hebat selepas berlakon dalam telemovie "Angah".
Semua orang akan hadapi rejection dalam hidup, Haidar kongsikan struggle dia dalam mencapai impian sebagai seorang pelakon dan bagaimana dia menghadapi rejection.
Haidar menceritakan bagaimana membesar dalam keluarganya, siapa orang paling kuat menyokong di belakangnya. Dan kenapa keluarga amat penting dalam kehidupannya.
Detik paling suram yang membuat Haidar terkedu seketika adalah pada tahun 2021. Menerima panggilan telefon daripada adik perempuannya pada 1 pagi. Panggilan yang membuat Haidar terkedu seketika dan terus bersiap pulang ke rumah.
Episod kali ini Haidar berkongsi tentang dari mana datang minatnya terhadap lakonan. Ada kisah sebaliknya apabila Haidar menerima satu panggilan telefon ketika dia berusia 8 tahun. Dan itu adalah pertama kali Haidar berlakon disamping bapanya.
Cita-cita mula membiak apabila melihat sebuah bangunan yang menjadi tapak permulaan Haidar dalam industri hiburan, walaupun bermula sebagai krew dan kameraman di belakang tabir.
From the publisher's feed