Wanam seorang pemuda kelahiran 1995 yang meminati muzik rock kapak. Meskipun tidak lahir dan membesar di zaman kegemilangan rock kapak, semasa kecil rakan sebayanya selalu bercerita tentang kumpulan Ruffedge dan V.E, pernah dihasut untuk meminati artis AF dan juga pernah dikritik kerana tidak meminati muzik dubstep. Kini dikala orang ramai sering berbual tentang kehebatan artis kpop, Wanam tetap mengagumi kehebatan Amy Search di atas pentas, kehandalan Lie Desire menggoreng gitar dan tetap tidak berganjak daripada meminati muzik rock kapak. Tapi apa yang membuatkan dia begitu meminati muzik ini, muzik rock kapak atau rock 80'an, best ke? Ayuh dengarkan podcast ini !