
Sign up to save your podcasts
Or


Sebagai seorang perempuan, Hidayyah At Mizi menulis bala sumpahan selepas dia bertarung dengan laut. Sebagai perempuan juga, Azielahaneem Idris menjadi suara laut garang yang menelan cangkerang di perairan pantai. Mereka tahu yang hidup sering didampingi keresahan dan satu hari, mereka mungkin perlu menelan diri sendiri.
Celaru perasaan sering membuatkan Mosyuki Borhan terkelu. Hari ini, semua emosinya bertarung kerana dihantui masa lampau. Ketika dia telah bersedia untuk menghentikan semua pertarungan, Faiz Yaakob melafaz fikirannya kuat-kuat, lalu segala rasa di dalam dadanya kembali dihantui... oleh masa lalu.
Dipetik daripada buku sulung Syaheeda Hamdani, 7 Kisah Dalam Kamar meniupkan nyawa kepada penghuni bilik yang lazim. Ketika bersama mereka, apakah tindak yang sering kita lakukan? Dari luar tingkap, mata Rabyashamz memerhati angin berubah ketika mulutnya membongkar segala jawapan.
Kerinduan sering disorok-sorok, seperti bait-bait Baha Zain yang mengumpulkan semua bau di sisi lilin. Membawa kita melihat malam, Eylaaqilla melafazkan baris-baris ini dengan hemah, membenarkan kita turut menghidu rindu yang terpadam bersama api.
Karl Agan mengungkapkan kekecewaannya yang tersekat di bawah lidah selepas sebuah pemergian. "setiap ucapan selamat malam" pula macam sebuah memori yang takkan mudah Najmi Zes lupa. Mendepani fasa ini, mereka berdua terlupa untuk sedar yang segala hubungan akan putus dan yang kekal cumalah rasa keterikatan.
"kubawa garam itu dalam pelayaranku, kusimpan pengalaman masin dalam hidupku" seperti isi hati T. Alias Taib yang paling dalam. Sebelum melambai dan pergi, Qistina melafazkannya dengan perasaan yang memilih untuk berangkat ke satu pulau yang belum lagi kelihatan di satu sudut seberang sana.
Sering diistilahkan kesegaran waktu malam adalah seorang burung hantu, namun Petak Daud menyoal "Apakah gelaran seorang malam yang diselimuti resah, namun tidur terlalu segan menghembus lelah?". Dilafaz tenang, Faizhanip menceritakan bagaimana sebuah perlawanan untuk nyenyak, gagal dibunuh resah untuk kita ungkapkan gelaran paling sesuai.
Memori seperti hayat; ia kekal sehingga mati. Sepanjang membesar, ada banyak perkara yang Aisyah Rais tinggalkan demi memenuhi hati. Antaranya, mainan. Namun, sekalipun bukan kereta besar menjadi hadiah, yang kecil kekal Norasilah Mohayas terima penuh syukur.
Sesekali, Muhammad Helmi keliru cara berdoa kepada Tuhannya, lalu dia melafazkan ragu Clariessa Kesulai yang satu hari buntu, "Untuk berbicara dengan-Nya, aku perlu memakai bahasa apa?"
Usman Awang mengungkapkan rasa sanggupnya melakukan perkara yang mustahil-namun-boleh untuk seorang kekasih; wajah paling dicintai, jiwa paling dikasihi. Mengulang rasa sama, Mohamad Idham membacanya dengan sayang paling agung.
From the publisher's feed