Sign up to save your podcastsEmail addressPasswordRegisterOrContinue with GoogleAlready have an account? Log in here.
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.Anda juga bol... more
FAQs about Sinar Harian:How many episodes does Sinar Harian have?The podcast currently has 7,832 episodes available.
July 31, 2025RMK13 fokus perkasa teknologi tempatan dan AI kebangsaanKerajaan memberi tumpuan kepada penerapan inovasi teknologi tempatan dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi negara, khususnya melalui pembangunan aset digital strategik seperti kecerdasan buatan (AI), analitik data dan sistem digital kerajaan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (RDCI) juga akan dipergiat bagi meningkatkan produk serta perkhidmatan berasaskan jenama “Made by Malaysia”.Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.#SinarHarian #BeritaSemasa #RMK13 teknologiAI #PM...more2minPlay
July 31, 2025RMK13: 95.6 peratus graduan TVET dapat pekerjaan dalam 6 bulanPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak 95.6 peratus graduan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat latihan.Jelasnya, lepasan TVET juga menikmati pendapatan yang semakin kompetitif dengan kebanyakannya melebihi paras gaji minimum RM1,700.Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.#SinarHarian #BeritaSemasa #RMK #GraduanTVET #TVET...more1minPlay
July 31, 2025'Jangan terpedaya penipuan pendaftaran program SARA'Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menasihatkan orang ramai tidak terpedaya dengan sebarang penipuan atau scammer yang menjemput pendaftaran program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kerana ia dilakukan secara terus untuk semua pemegang MyKad.Menurutnya, tiada pendaftaran atau permohonan perlu dibuat oleh warga Malaysia memandangkan kelayakan untuk penghargaan SARA adalah secara automatik berdasarkan data semua warganegara dewasa yang memegang MyKad.Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid mengenai proses pendaftaran dan bagaimana untuk melayakkan diri bagi menerima serta berbelanja RM100 di bawah inisiatif SARA.Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #SARA #Mykad...more2minPlay
July 31, 2025'Akta 134 tak pernah dipinda sejak 71 tahun lalu'Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) sememangnya perlu dipinda setelah 71 tahun iaitu sejak berkuat kuasa pada tahun 1954.Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan diutarakan Ahli Parlimen Jelebu, Jalaluddin Alias berkenaan kerajaan bercadang untuk meminda Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) yang sedang berkuat kuasa bagi memastikan perlindungan hak dan kemajuan komuniti Orang Asli terus terjamin.Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #akta134 #aktaorangasli1954...more2minPlay
July 30, 2025Malaysia tidak lindungi Riza ChalidMalaysia tidak lindungi Riza Chalid Malaysia tidak akan melindungi taikun minyak Indonesia, Riza Chalid daripada sebarang siasatan atau pendakwaan berkaitan kes rasuah. Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, isu melibatkan Riza adalah perkara undang-undang dan pendirian kerajaan jelas bahawa tiada perlindungan akan diberikan kepada individu yang berdepan pertuduhan jenayah. Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (PN–Machang) yang bertanyakan sama ada isu Riza akan mengganggu rundingan sempadan dengan Indonesia. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/741074/berita/nasional/malaysia-tidak-lindungi-riza-chalid-ndash-mohamad-alamin #SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #DewanRakyat #RizaChalid...more2minPlay
July 30, 2025Wanita didakwa bunuh ibu kekasihWanita didakwa bunuh ibu kekasihSeorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Rabu atas pertuduhan membunuh ibu kepada teman lelakinya, dua minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed.Tertuduh, M Shobna, 37, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/741026/Wanita-didakwa-bunuh-ibu-kekasihCopyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #bunuhibukekasih...more2minPlay
July 30, 2025Reman suspek bunuh wanita hamil disambung tujuh hariReman suspek bunuh wanita hamil disambung tujuh hariTempoh reman terhadap suspek kes bunuh seorang wanita hamil yang maut ditembak dalam kejadian di Kampung Repek di Pasir Mas pada 3 Jun 2022 lalu, disambung selama tujuh hari bermula 31 Julai hingga 6 Ogos, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.Perintah sambung reman itu dikeluarkan oleh Majistret Syed Farid Syed Ali.Permohonan reman tersebut dibuat bagi membolehkan pihak polis meneruskan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/741009/berita/semasa/reman-suspek-bunuh-wanita-hamil-disambung-tujuh-hari Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #reman...more1minPlay
July 29, 2025Amanah Perak, NGO gesa polis siasat Ahmad FadhliParti Amanah Negara (Amanah) Perak bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak siasatan dijalankan terhadap Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari susulan satu hantaran di Facebook yang didakwa berbaur penghinaan dan provokatif, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.Pengarah Biro Undang-Undang (Kanun) Amanah Perak, Mohd Fitri Asmuni berkata, hantaran dimuat naik oleh Ahmad Fadhli pada 26 Julai lalu memaparkan satu karikatur haiwan yang menggambarkan pemimpin negara dan disifatkan sebagai keterlaluan.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/740919/Amanah-Perak,-NGO-gesa-polis-siasat-Ahmad-Fadhli Muzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #SinarTerkini #NGO #AhmadFadhli #Amanah...more2minPlay
July 29, 2025Teka tutup botol, bawa pulang motosikal EV!Hanya dengan satu penyertaan, seorang pemandu pelancong dari Damansara Perdana, Muhammad Farhan Zainuddin, 37, dinobatkan sebagai penerima hadiah utama pertandingan Teka Jumlah Penutup Botol sempena Karnival Siang Malam Karangkraf 2025, lapor wartawan Sinar Harian, Izwan Rozlin.Kemenangan itu membolehkan Farhan membawa pulang sebuah motosikal eletrik (EV) Lion G1 tajaan GGR Motor (M) Sdn Bhd bernilai RM3,999.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/740896/berita/nasional/teka-tutup-botol-farhan-bertuah-bawa-pulang-motosikal-ev-lion-g1Muzik: Moving Way Up - Marcus dari www.bensound.com#SinarHarian #SinarTerkini #TekaTutupBotol #KarnivalSiangMalam...more1minPlay
July 29, 2025Berselindung di sebalik premis industri, sindiket sorok LPG tumpasTaktik licik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) yang berselindung di sebalik premis industri akhirnya terbongkar apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerbu sebuah stor haram dalam operasi khas pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.Premis yang terletak di kawasan perindustrian itu disyaki dijadikan lokasi aktiviti pemindahan gas LPG bersubsidi daripada tong 14 kilogram ke dalam lori tangki untuk tujuan pasaran gelap.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/740879/berita/semasa/berselindung-di-sebalik-premis-industri-sindiket-sorok-lpg-tumpas#SinarHarian #BeritaSemasa #gasLPG #KPDN #selewenggasLPGbersubsidi...more2minPlay
FAQs about Sinar Harian:How many episodes does Sinar Harian have?The podcast currently has 7,832 episodes available.