Sign up to save your podcastsEmail addressPasswordRegisterOrContinue with GoogleAlready have an account? Log in here.
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.Anda juga bol... more
FAQs about Sinar Harian:How many episodes does Sinar Harian have?The podcast currently has 7,841 episodes available.
May 15, 2025Rafizi sedia berdebat dengan Nurul IzzahTimbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan pencabarnya, Nurul Izzah Anwar bagi meredakan suhu kempen pemilihan parti tersebut.Menurutnya, penganjuran debat itu wajar diserahkan kepada pihak berkecuali, lazimnya pihak media untuk menetapkan tarikh dan lokasi yang sesuai.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728497/berita/politik/rafizi-sedia-berdebat-dengan-nurul-izzah#SinarHarian #BeritaSemasa #Temerloh #RafiziRamli #Debat #NurulIzzah...more2minPlay
May 15, 2025Formula PH-BN bawa kestabilan, harap diterjemah di Sabah – PBRSFormula PH-BN bawa kestabilan, harap diterjemah di Sabah – PBRSParti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyambut baik kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, dengan menyifatkannya sebagai langkah penting bagi mengekalkan kestabilan politik di negeri itu, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.Presiden PBRS, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, formula Kerajaan Perpaduan yang terbukti membawa kestabilan di peringkat nasional diharapkan dapat diterjemahkan di peringkat Sabah.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728472/berita/politik/formula-kerajaan-perpaduan-bawa-kestabilan-harap-diterjemahkan-di-sabah-ndash-pbrsMuzik: Elevate dari www.bensound.com#BeritaSemasa #SinarHarian #PBRS #PRNSabah #politik...more2minPlay
May 14, 2025Trak FRU terbabit nahas ada rekod selenggara baik - SaifuddinTrak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam nahas di Teluk Intan sehingga meragut nyawa sembilan anggotanya disahkan mempunyai rekod penyelenggaraan yang baik, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, meskipun sudah lama digunakan sejak tahun 1997 namun masih dalam keadaan baik dan layak digunakan di jalan raya.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728425/berita/semasa/trak-fru-terbabit-nahas-ada-rekod-selenggara-baik-walau-sudah-lama-digunakan---saifuddin#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #NahasFRU #TrakFRU...more2minPlay
May 14, 2025Pasukan petugas khas diberi masa sebulan bentang laporan siasatanPasukan petugas khas diberi masa sebulan bentang laporan siasatanKementerian Pengangkutan diberi tempoh sebulan untuk membentangkan laporan hasil siasatan insiden kemalangan melibatkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang meragut nyawa sembilan anggota pasukan itu dalam kejadian di Teluk Intan, pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pagi Rabu, yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #NahasFRU #pasukanpetugaskhas...more2minPlay
May 14, 2025Nahas FRU: KDN sedia pasukan kaunselor bantu warisKementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan pasukan kaunselor khas bagi membantu keluarga anggota nahas membabitkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, khidmat kaunseling itu penting bagi memastikan waris yang terkesan dapat melalui detik sukar dengan baik selepas kehilangan orang tersayang secara mengejut.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728421/berita/semasa/nahas-fru-kdn-sedia-pasukan-kaunselor-bantu-waris#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #NahasFRU #kaunselor #waris...more2minPlay
May 14, 2025Lima sekawan nafi cederakan pelajar Tingkatan LimaLima sekawan nafi cederakan pelajar Tingkatan LimaLima sekawan termasuk dua remaja lelaki bawah umur didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada Rabu atas dua pertuduhan menyebabkan cedera parah ke atas seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun seperti yang tular pada 9 Mei lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.Kesemua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli selepas pertuduhan dibacakan.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728385/berita/semasa/lima-sekawan-tak-mengaku-cederakan-pelajar-tingkatan-lima#SinarHarian #BeritaSemasa #kesbuli #mahkamah #Seremban...more2minPlay
May 14, 2025Nilai semula SOP keselamatan kenderaan jabatan - CuepacsNahas menyayat hati yang mengorbankan sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak perlu menjadi amaran serius kepada kerajaan untuk segera menilai semula prosedur operasi standard (SOP) keselamatan pergerakan kenderaan jabatan.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Dr Adnan Mat menegaskan, sudah tiba masanya semua agensi kerajaan melakukan semakan dan penilaian menyeluruh terhadap SOP terbabit khususnya melibatkan pergerakan anggota menggunakan kenderaan jabatan yang berisiko tinggi.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728377/berita/semasa/nahas-fru-cuepacs-gesa-nilai-semula-sop-keselamatan-kenderaan-jabatan#SinarHarian #BeritaSemasa #Cuepacs #NahasFRU #SOP...more2minPlay
May 14, 202517 pertuduhan pecah amanah: Ramasamy mengaku tidak bersalahBekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy, mengaku tidak bersalah terhadap 17 pertuduhan berkaitan jenayah pecah amanah membabitkan jumlah keseluruhan RM859,131.29, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.Beliau didakwa melakukan kesalahan tersebut ketika menerajui Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang (LWHNPP).Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728335/berita/semasa/ramasamy-mengaku-tidak-bersalah-17-pertuduhan-pecah-amanah#SinarHarian #BeritaSemasa #kespecahamanah #mahkamah #Butterworth...more4minPlay
May 14, 2025Cabul pelajar: Tentera direman 7 hariCabul pelajar: Tentera direman 7 hariSeorang sarjan tentera direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka pada Rabu kerana didakwa mencabul seorang pelajar perempuan tingkatan satu di sebuah sekolah berasrama penuh, minggu lalu.Perintah reman terhadap tentera berusia 32 tahun itu dikeluarkan Majistret Dr Teoh Shu Yee bermula Rabu hingga sehingga Selasa ini.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728360/berita/semasa/anggota-tentera-direman-cabul-pelajar-tingkatan-satuMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #cabul...more2minPlay
May 14, 2025‘Doa dapat jodoh, rakan terima saya seadanya...’‘Doa dapat jodoh, rakan terima saya seadanya...’“Di Arafah nanti saya nak doa supaya rakan-rakan di tanah air terima saya seadanya, dikurniakan jodoh dan kesihatan yang baik, selain menerima pekerjaan tetap.”Itu luahan Aminuddin Hassan, 36, bekas pesakit kanser mata yang merupakan antara 31,600 jemaah Malaysia terpilih mengerjakan haji bagi musim 1446H/2025M, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/728316/berita/nasional/doa-dapat-jodoh-rakan-terima-saya-seadanya#SinarHarian #BeritaSemasa #tabunghaji #jemaahhaji...more3minPlay
FAQs about Sinar Harian:How many episodes does Sinar Harian have?The podcast currently has 7,841 episodes available.