Mungkin ramai geli melihat ulat tetapi tidak bagi seorang pesara dari Bachok, Kelantan, Adnan Mohd Rasid, 60, yang menganggap larva black soldier fly (BSF) sebagai sumber rezeki, lapor wartawan Sinar Harian, Aswany Omar.
Pesara, Adnan berkata, dia memilih untuk menternak serangga itu bagi menyahut hasrat kerajaan selain cuba menambah pendapatan selepas bersara.