Sign up to save your podcastsEmail addressPasswordRegisterOrContinue with GoogleAlready have an account? Log in here.
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.Anda juga bol... more
FAQs about Sinar Harian:How many episodes does Sinar Harian have?The podcast currently has 7,844 episodes available.
March 17, 2025UMNO Sabah tidak tanding solo - Bung MoktarUMNO Sabah tidak tanding solo - Bung MoktarUMNO Sabah tidak akan bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), sebaliknya memberi jaminan untuk memastikan parti itu sentiasa berada di landasan yang betul bagi menghadapi pilihan raya tersebut, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, parti itu telah meneliti kerusi yang akan ditandingi dan memberikan kerusi kepada pihak yang ingin bekerjasama dengan mereka.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/718098/berita/politik/umno-sabah-tidak-tanding-solo---bung-moktar#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNOSabah #PRNSabah...more2minPlay
March 16, 2025Rumah daif disewa RM250 sebulan dijadikan makmal dadahRumah daif disewa RM250 sebulan dijadikan makmal dadahKegiatan tiga lelaki yang menjadikan sebuah rumah kampung usang sebagai makmal memproses dadah terbongkar dalam serbuan di Ulu Bernam, Bagan Datuk, Rabu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.Serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sekitar jam 10.20 malam itu berjaya merampas dadah jenis syabu dan ketamin serta pelbagai peralatan memproses bernilai lebih RM1.6 juta.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/718027/edisi/perak/rumah-daif-disewa-rm250-sebulan-dijadikan-makmal-dadahMuzik: Elevate dari www.bensound.com#BeritaSemasa #SinarHarian #makmaldadah #PDRM ...more2minPlay
March 16, 2025Lelaki dikehendaki polis, miliki 7 rekod jenayah maut ditembakLelaki dikehendaki polis, miliki 7 rekod jenayah maut ditembakSeorang lelaki yang dikehendaki polis dalam kes samun bersenjata api maut ditembak selepas melepaskan tiga das tembakan ke arah anggota polis dalam kejadian berdekatan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak, Besut awal pagi Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.20 pagi ketika sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menjalankan rondaan Op Laras terserempak dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger menggunakan nombor pendaftaran palsu dalam keadaan mencurigakan.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/718009/berita/semasa/lelaki-dikehendaki-polis-miliki-7-rekod-jenayah-maut-ditembakMuzik: Elevate dari www.bensound.com#BeritaSemasa #SinarHarian #penjenayah #PDRM #Terengganu...more3minPlay
March 16, 2025Peniaga 'geng plastik hitam' COD nasi bungkus ke rumah pelangganPeniaga 'geng plastik hitam' COD nasi bungkus ke rumah pelangganNasi bungkus dihantar terus ke rumah pelanggan antara taktik terbaharu dilakukan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa terhadap kaki ponteng puasa pada Ramadan, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.Ketua Unit Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah (PAD) Kuala Muda, Shuib Ismail@Yusuf berkata, serbuan Ops Plastik Hitam ke atas sebuah premis di Tikam Batu mendapati peniaga menyediakan perkhidmatan bungkus dan hantar makanan yang diletakkan dalam plastik hitam kepada pelanggan biarpun ketika itu baru menunjukkan jam 11 pagi.ArtiKel: https://www.sinarharian.com.my/article/718008/edisi/utara/peniaga-geng-plastik-hitam-cod-nasi-bungkus-ke-rumah-pelangganMuzik: Elevate dari www.bensound.com#BeritaSemasa #SinarHarian #Ramadan #gengplastikhitam...more2minPlay
March 16, 2025Ramadan tanpa ayah: 'Saya masak gulai ikan temenung, tapi rasanya takkan sama'Ramadan tanpa ayah: 'Saya masak gulai ikan temenung, tapi rasanya takkan sama'“Ramadan ini, saya memasak sendiri gulai ikan temenung kegemaran ayah. Tapi rasanya takkan sama seperti yang dia selalu buat.”Itulah luahan pilu Dr Suraiya Izzati, 30, anak sulung kepada bekas pegawai kewangan sebuah agensi kerajaan, Sabari Baharom, 62, yang maut dalam kejadian tragis di Sungai Padang Terap, Kampung Empa, Jitra, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717998/edisi/utara/ramadan-tanpa-ayah-saya-masak-gulai-ikan-temenung-tapi-rasanya-takkan-samaMuzik: Elevate dari www.bensound.com#BeritaSemasa #SinarHarian #Ramadan...more3minPlay
March 16, 2025Cadangan had 10 tahun PM dibawa ke Parlimen jika dapat sokongan - AnwarCadangan had 10 tahun PM dibawa ke Parlimen jika dapat sokongan - AnwarKerajaan akan membawa usul hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun ke Parlimen sekiranya mendapat sokongan dua pertiga. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu perlu melibatkan pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia merupakan komitmen Pakatan Harapan (PH) sebagaimana manifesto mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717986/berita/politik/cadangan-had-10-tahun-pm-dibawa-ke-parlimen-jika-dapat-sokongan---anwar#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #KongresDAP #PM...more2minPlay
March 16, 2025PRK DUN Ayer Kuning: BN umum calon, lancar jentera serentak 5 AprilPRK DUN Ayer Kuning: BN umum calon, lancar jentera serentak 5 AprilBarisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 5 April depan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pada hari yang sama, mereka turut akan melancarkan jentera pilihan raya bagi PRK tersebut.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717959/berita/politik/prk-dun-ayer-kuning-bn-umum-calon-lancar-jentera-serentak-5-aprilMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #PRKAyerKuning #BN...more2minPlay
March 16, 2025Kerajaan tak campur tangan keputusan badan kehakimanKerajaan tak campur tangan keputusan badan kehakimanKerajaan tidak akan campur tangan dalam sebarang keputusan membabitkan badan kehakiman.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun menegaskan bahawa kerajaan juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan individu yang dilantik adalah yang betul-betul layak.Muzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #KongresDAP #PM #BadanKehakiman...more4minPlay
March 16, 2025DAP longgar syarat pemimpin terima darjah kebesaranDAP longgar syarat pemimpin terima darjah kebesaranSetiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook berkata, DAP akan melonggarkan syarat bagi membenarkan pemimpin atau wakil rakyatnya menerima anugerah dan darjah kebesaran daripada Sultan mahupun Yang Dipertua Negeri.Muzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #KongresDAP...more4minPlay
March 16, 2025'Jangan ingat di darat, laut pun kami gempur' - KPDN'Jangan ingat di darat, laut pun kami gempur' - KPDNOperasi penguatkuasaan diperluaskan ke semua lokasi termasuk perairan bagi membanteras kegiatan menyalahi undang-undang terutamanya penyeludupan barang kawalan, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminuraliff Mohd Zoki.Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Selangor, Mohd Khairi Jamaludin berkata, pihaknya akan memastikan tiada ruang untuk mana-mana individu atau sindiket menjalankan aktiviti haram sama ada di darat atau di laut.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717958/berita/semasa/jangan-ingat-di-darat-laut-pun-kami-gempur---kpdnMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #KPDN #operasi...more3minPlay
FAQs about Sinar Harian:How many episodes does Sinar Harian have?The podcast currently has 7,844 episodes available.