Sign up to save your podcastsEmail addressPasswordRegisterOrContinue with GoogleAlready have an account? Log in here.
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.Anda juga bol... more
FAQs about Sinar Harian:How many episodes does Sinar Harian have?The podcast currently has 7,846 episodes available.
March 11, 2025Kerajaan puas hati, pembinaan LCS hanya lewat 1.68 peratusKerajaan puas hati, pembinaan LCS hanya lewat 1.68 peratusKerajaan berpuas hati dengan kemajuan pelaksanaan pembinaan lima kapal tempur persisir (LCS) meskipun berlaku sedikit kelewatan daripada perancangan ditetapkan, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setakat ini, kelewatan terhadap projek bernilai RM11 bilion itu hanya merekodkan 1.68 peratus, disebabkan masalah peralatan yang sepatutnya dibekalkan oleh pihak pengeluar peralatan asal (OEM).Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717047/berita/nasional/kerajaan-puas-hati-pembinaan-lcs-hanya-lewat-168-peratus#SinarHarian #BeritaSemasa #KapalLCS #LCS...more3minPlay
March 11, 2025Kerajaan Kelantan seru orang ramai jayakan World #QuranHour 2025Kerajaan Kelantan seru orang ramai jayakan World #QuranHour 2025Kerajaan negeri Kelantan menyeru orang ramai untuk sama-sama menjayakan program World #QuranHour 2025 pada 25 Mac ini bertempat di Madinah Ramadan, pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata, sokongan kepada program ini perlu diberikan kerana ia membuka peluang kepada umat Islam untuk lebih mendalami dan menghayati kitab suci itu.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/716860/khas/quranhour/kerajaan-kelantan-seru-orang-ramai-jayakan-world-quranhour-2025#SinarHarian #BeritaSemasa #World #QuranHour#SavingTheUmmah #SurahAlSaff...more4minPlay
March 11, 2025World #QuranHour: Hayati mesej penyatuan ummah melalui surah As-SaffWorld #QuranHour: Hayati mesej penyatuan ummah melalui surah As-SaffPenyatuan ummah menjadi kunci kekuatan Islam dan keberkatan Ramadan antara peluang terbaik untuk menghayati mesej perpaduan melalui program World #QuranHour 2025 yang akan diadakan pada 25 Mac ini.Program bersamaan pada 24 Ramadan untuk peringkat negeri Kelantan itu bakal berlangsung di Madinah Ramadan, Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan.Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, menegaskan bahawa surah As-Saff yang menjadi fokus program kali ini memberi peringatan jelas tentang kepentingan kesatuan dalam kalangan umat Islam.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717048/khas/quranhour/world-quranhour-hayati-mesej-penyatuan-ummah-melalui-surah-as-saff#SinarHarian #BeritaSemasa #World #QuranHour#SavingTheUmmah #SurahAlSaff ...more2minPlay
March 11, 2025Ops Campur: KPDN rampas 300 kampit berasOps Campur: KPDN rampas 300 kampit berasKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 300 kampit beras daripada 213 premis pembungkus dan pengilang yang diperiksa dalam Ops Campur, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, pemeriksaan yang dijalankan pada Selasa itu telah membawa kepada 48 kertas siasatan dibuka membabitkan 48 premis diperiksa.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717046/berita/semasa/ops-campur-kpdn-rampas-300-kampit-beras#SinarHarian #BeritaSemasa #OpsCampur #KPDN #rampasberas...more4minPlay
March 11, 2025Keputusan video raya sumbang babit Aliff Syukri Jumaat iniKeputusan empat kes memuat naik video sumbang sempena Aidilfitri hampir tiga tahun lalu, dihadapi usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di Mahkamah Sesyen Sepang pada Selasa, ditangguhkan ke Jumaat ini, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.Semasa prosiding, peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud yang mewakili Aliff Syukri, 38, selaku orang kena saman (OKS) berkata, prosiding berkenaan ditetapkan pada 14 Mac.Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/717040/berita/semasa/keputusan-video-raya-sumbang-babit-aliff-syukri-jumaat-ini#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Alifsyukri #NyanyianSumbang...more2minPlay
March 11, 2025Kerajaan hapuskan tempahan berganda di Puspakom, elak kesesakanKerajaan hapuskan tempahan berganda di Puspakom, elak kesesakanKerajaan mengambil langkah tegas dengan menghapuskan tempahan slot pemeriksaan berganda di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi menangani kesesakan serta penyalahgunaan sistem oleh pihak tertentu.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, keputusan ini diambil bagi memastikan sistem pemeriksaan lebih teratur dan mengelakkan manipulasi tempahan oleh orang tengah.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717019/berita/nasional/kerajaan-hapuskan-tempahan-berganda-di-puspakom-elak-kesesakan#SinarHarian #BeritaSemasa #MOT #Puspakom...more2minPlay
March 11, 2025Saravanan putuskan tidak teruskan debat dengan ZamriTimbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan memutuskan untuk tidak meneruskan debat berkaitan agama dengan pendakwah, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu demi menjaga perpaduan negara, lapor wartawan Sinar Harian, Azleenda Sahaludin.Saravanan berkata, keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang dan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717027/berita/nasional/saravanan-putuskan-tidak-teruskan-debat-dengan-zamri#SinarHarian #BeritaSemasa #debatberkaitanagama #Msaravanan...more3minPlay
March 11, 2025PRK Ayer Kuning: Pemuda UMNO kemuka calon dekat dengan rakyatPRK Ayer Kuning: Pemuda UMNO kemuka calon dekat dengan rakyatPemuda UMNO telah mencadangkan seorang calon yang diyakini dekat di hati rakyat bagi mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor . Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, nama calon itu telah diserahkan kepada kepimpinan tertinggi parti dan keputusan akhir akan dibuat oleh Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden serta Biro Politik UMNO.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/716990/berita/politik/prk-ayer-kuning-pemuda-umno-kemuka-calon-dekat-dengan-rakyatMuzik: Elevate dari www.bensound.com#BeritaSemasa #SinarHarian #PRKAyerKuning #BN ...more3minPlay
March 11, 2025'Saya sudah ampunkan dia, halalkan susu' - Ibu remaja ke-3 maut dirempuh Honda Jazz'Saya sudah ampunkan dia, halalkan susu' - Ibu remaja ke-3 maut dirempuh Honda Jazz"Saya dah cakap dengan dia, saya tak mahu seksa dia lagi dan dah halalkan susu dan ampunkan dosa dia".Demikian kata Nurha’afza Salwa Hazizan, 41, ibu kepada Aisar Azim Abdullah, 17, yang merupakan mangsa ketiga yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Persiaran Senawang 1, Senawang Khamis lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/716985/berita/semasa/saya-sudah-ampunkan-dia-halalkan-susu---ibu-remaja-ke-3-maut-dirempuh-honda-jazz#SinarHarian #BeritaSemasa #kemalangan #kemalanganSenawang...more3minPlay
March 10, 2025PM sekali lagi tepis dakwaan Akta PSB pinggirkan BumiputeraPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) tidak akan menafikan hak atau mengubah peratusan pemilikan Bumiputera di sesuatu kawasan.Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, dakwaan undang-undang tersebut akan meminggirkan masyarakat Melayu Bumiputera adalah tidak berasas.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/716917/berita/nasional/pm-sekali-lagi-tepis-dakwaan-akta-psb-pinggirkan-bumiputeraMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #PMO #PM #PSB...more1minPlay
FAQs about Sinar Harian:How many episodes does Sinar Harian have?The podcast currently has 7,846 episodes available.