Sign up to save your podcastsEmail addressPasswordRegisterOrContinue with GoogleAlready have an account? Log in here.
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.Anda juga bol... more
FAQs about Sinar Harian:How many episodes does Sinar Harian have?The podcast currently has 7,852 episodes available.
December 05, 2024ADUN Pitas lapor polis, nafi dakwaan terlibat rasuah, pecah amanah isu tanahADUN Pitas lapor polis, nafi dakwaan terlibat rasuah, pecah amanah isu tanahAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah menafikan bahawa beliau terlibat dengan rasuah dan pecah amanah membabitkan isu tanah sebagaimana dakwaan yang dimuat naik melalui aplikasi TikTok beberapa hari lalu, lapor wartawan Sinar Harian Asyikin Azmin.Menurut Ruddy, beliau difitnah bersama dua lagi ADUN lain iaitu ADUN Sugut, Datuk James Ratib dan ADUN Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin.Artikel :https://www.sinarharian.com.my/article/700701/edisi/sabah-sarawak/adun-pitas-lapor-polis-nafi-dakwaan-terlibat-rasuah-pecah-amanah-isu-tanahMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #AdunPitas #Ruddy #rasuah #pecahamanah...more3minPlay
December 05, 2024Selepas 27 tahun, penduduk Kampung Niatang miliki tanah sendiriSelepas 27 tahun, penduduk Kampung Niatang miliki tanah sendiriPenantian selama 27 tahun penduduk Kampung Niatang, Pitas, untuk memiliki tanah sendiri akhirnya tercapai apabila 43 ketua isi rumah akan menerima geran tanah masing-masing, lapor wartawan Sinar Harian Asyikin Asmin.Usaha untuk mendapatkan geran tanah itu bermula sejak dua tahun lalu dengan bantuan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) selepas penduduk dimaklumkan tanah yang diusahakan mereka diceroboh sebuah syarikat lain.Artikel :https://www.sinarharian.com.my/article/700674/edisi/sabah-sarawak/selepas-27-tahun-penduduk-kampung-niatang-miliki-tanah-sendiriMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #KampungNiatang #MilikiTanahSendiri #Tercapai...more2minPlay
December 05, 2024Titah adendum: Nizar terima dokumen daripada Istana PahangTitah adendum: Nizar terima dokumen daripada Istana PahangAnak sulung kepada bekas Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohamad Nizar didakwa menerima dokumen daripada Istana Pahang sebagai bukti tambahan baharu dalam rayuan berhubung kewujudan titah addendum, lapor wartawan SInar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.Bercakap kepada pemberita selepas prosiding di Mahkamah Rayuan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, dokumen tersebut diterima Nizar pada 2 Disember atas arahan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.Artikel :https://www.sinarharian.com.my/article/700700/berita/semasa/titah-adendum-nizar-terima-dokumen-daripada-istana-pahangMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #Nizar #TitahAdendum #SultanPahang #Najib...more5minPlay
December 05, 2024Banjir: Jualan Rahmah tawar harga subsidi 10 hingga 30 peratusBanjir: Jualan Rahmah tawar harga subsidi 10 hingga 30 peratusKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menawarkan harga subsidi 10 hingga 30 peratus barangan keperluan harian menerusi Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) yang akan diadakan di kawasan terjejas banjir di seluruh negara terutama Kelantan dan Terengganu, lapor wartawan Sinar Harian Nurfardlina Izzati Moktar.Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, program itu bagi memastikan bekalan barangan mencukupi dapat diberikan kepada penduduk yang terkesan banjir bagi mendapatkan harga lebih murah daripada harga pasaran.Artikel :https://www.sinarharian.com.my/article/700641/berita/nasional/banjir-jualan-rahmah-tawar-harga-subsidi-10-hingga-30-peratusMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #Banjir #JualanRahmah #Armizan...more3minPlay
December 05, 2024Tahun 2014 rumah ditenggelami bah kuning, 2024 ditimbus tanahTahun 2014 rumah ditenggelami bah kuning, 2024 ditimbus tanahBelum pun hilang trauma 10 tahun lalu akibat bah kuning, dua keluarga terus diuji apabila rumah mereka di Simpang Empat Lata Rek, Laloh, Kuala Krai ditimbus tanah dalam kejadian pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.Situasi itu menyebabkan mereka hilang tempat berteduh yang telah diduduki lebih 12 tahun apabila pihak berkuasa mengarahkan kawasan tersebut dikosongkan atas faktor keselamatan.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/700635/edisi/kelantan/2014-rumah-ditenggelami-bah-kuning-tahun-ini-ditimbus-tanahMuzik: www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #Kelantan #KualaKrai...more3minPlay
December 05, 2024Syarikat insurans, pengendali takaful setuju teliti semula kenaikan premiumSyarikat insurans, pengendali takaful setuju teliti semula kenaikan premiumSyarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) sudah memberi jaminan untuk mengambil langkah wajar termasuk meneliti semula cadangan menaikkan harga premium insurans perubatan yang dijangka bermula tahun depan.Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, antara komitmen dipersetujui ITO adalah melaksanakan pelarasan semula harga premium secara berperingkat.Artikel :https://www.sinarharian.com.my/article/700629/berita/nasional/syarikat-insurans-pengendali-takaful-setuju-teliti-semula-kenaikan-premiumMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #Insurans...more2minPlay
December 05, 2024Kemampuan kewangan terhad, projek RTB dilaksana berperingkatKemampuan kewangan terhad, projek RTB dilaksana berperingkatKemampuan kewangan yang terhad menyebabkan kerajaan terpaksa melaksanakan pelan induk tebatan banjir secara berperingkat dan mengikut keutamaan.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menjelaskan, penilaian keutamaan dalam aspek pelaksanaan rancangan tebatan banjir (RTB) diberi kepada negeri dan kawasan yang lebih berisiko.Artikel :https://www.sinarharian.com.my/article/700576/berita/nasional/kemampuan-kewangan-terhad-projek-rtb-dilaksana-berperingkatMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #DatukSeriFadhilah #TebatanBanjir...more3minPlay
December 05, 2024Hakim baharu dengar bicara bela diri Bung Moktar, Zizie IzetteHakim baharu dengar bicara bela diri Bung Moktar, Zizie IzetteProsiding bela diri Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta berkaitan pelaburan Felcra Bhd akan didengar hakim lain.Muzik: Elevate dari www.bensound.comArtikel: https://www.sinarharian.com.my/article/700611/berita/semasa/hakim-baharu-dengar-bicara-bela-diri-bung-moktar-zizie-izetteMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #BungMoktar #ZizieIzette #Rasuah...more2minPlay
December 05, 2024Pelajar warga China mengaku tidak bersalah culik remajaPelajar warga China mengaku tidak bersalah culik remajaSeorang pelajar lelaki warga China mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menculik remaja perempuan warganegara sama berusia 15 tahun pada November lepas, lapor wartawan Sinar Harian Shahrizal Ahmad Zaini.Tertuduh, Huang Xiaonan, 22, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret R Salini, setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin.Artikel :https://www.sinarharian.com.my/article/700589/berita/semasa/pelajar-warga-china-mengaku-tidak-bersalah-culik-remajaMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #WargaChina #Culik #Mahkamah...more1minPlay
December 05, 2024Peniaga didenda RM4,500 miliki 146 alat seksPeniaga didenda RM4,500 miliki 146 alat seksSeorang peniaga dalam talian didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret Sungai Petani di sini, selepas mengaku salah memiliki 146 peralatan seks, pada Jun lalu, lapor warwatan Sinar Harian Siti Zubaidah Zakaraya. Tertuduh, Ch'ng Ling Yeen, 40, membuat pengakuan bersalah itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani pada Khamis.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/700598/berita/semasa/peniaga-didenda-rm4500-miliki-146-alat-seksMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Denda...more2minPlay
FAQs about Sinar Harian:How many episodes does Sinar Harian have?The podcast currently has 7,852 episodes available.