Sign up to save your podcastsEmail addressPasswordRegisterOrContinue with GoogleAlready have an account? Log in here.
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.Anda juga bol... more
FAQs about Sinar Harian:How many episodes does Sinar Harian have?The podcast currently has 7,857 episodes available.
November 15, 2024Video temubual Anwar di CNN disunting pihak tertentu- FahmiVideo temubual Anwar di CNN disunting pihak tertentu- FahmiPenularan video temubual Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di stesyen televisyen, CNN telah disunting pihak tertentu.Jurucakap kerajaan, Ahmad Fahmi Fadzil berkata, kerajaan percaya video-video tersebut disunting selepas status ucapan takziah Anwar mengenai kematian pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh diturunkan daripada platform media sosial, Facebook.Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1Muzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #CNN #AnwarIbrahim #FahmiFadzil...more2minPlay
November 15, 2024'Tidak sanggup lihat anak saudara hidup terabai''Tidak sanggup lihat anak saudara hidup terabai' Meskipun kehidupan keluarga Mohd Ashraf Mohammad Shah, 26, serba kekurangan, namun keluarganya tidak sanggup melihat nasib tiga anak saudara hidup terabai, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.Dia mengakui tanggungjawab itu bukannya mudah, tambah pula dirinya hanya bekerja sebagai kelindan lori dengan pendapatan antara RM800 hingga RM1,000 sebulan.Selain perlu menanggung empat anak yang masih kecil, anak ketiganya yang berusia tiga tahun pula diuji dengan penyakit buah pinggang bocor dan darah tinggi.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/696719/edisi/melaka-ns/tidak-sanggup-lihat-anak-saudara-hidup-terabai#SinarHarian #BeritaSemasa #anaksaudara #pesakitbuahpinggang...more2minPlay
November 15, 2024PDRM tubuh Unit Siber Taktikal dan Teknikal tangani jenayah komersialPDRM tubuh Unit Siber Taktikal dan Teknikal tangani jenayah komersialPolis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan Unit Siber Taktikal dan Teknikal bagi menangani jenayah komersial dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, penubuhan unit di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) ini diharap dapat menambah keupayaan pihak berkuasa menangani ancaman siber secara efektif.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/696704/berita/semasa/unit-siber-taktikal-dan-teknikal-tangani-jenayah-komersial---razarudinMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #TanSriRazarudinHusain...more3minPlay
November 15, 20246 modus operandi utama penipuan online paling kerap direkodkan - KPN6 modus operandi utama penipuan online paling kerap direkodkan - KPNJenayah penipuan dalam talian melibatkan enam modus operandi utama merupakan kategori jenayah yang paling kerap dilaporkan setiap tahun.Modus operandi itu ialah jenayah telekomunikasi, jenayah e-kewangan, jenayah e-dagang, love scam, pinjaman tidak wujud dan pelaburan tidak wujud yang merekodkan 24,671 kes dengan nilai kerugian sebanyak RM1.04 bilion setakat September tahun ini.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/696718/berita/semasa/6-modus-operandi-utama-penipuan-online-paling-kerap-direkodkan---kpnMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #TanSriRazarudinHusain...more3minPlay
November 15, 2024Pegawai polis terlibat jenayah komersial meningkatPegawai polis terlibat jenayah komersial meningkatSeramai 22 pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam kes jenayah komersial tahun lalu.Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, lebih membimbangkan apabila melihat peningkatan jumlah pembabitan pegawainya dalam kes jenayah komersial pada tahun ini.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/696713/berita/semasa/22-pegawai-pdrm-terlibat-jenayah-komersial-tahun-lalu---kpnMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #TanSriRazarudinHusain...more2minPlay
November 15, 2024GISBH disahkan sesat, bakal terkuburGISBH disahkan sesat, bakal terkuburGISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) hampir pasti terkubur apabila Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dalam mesyuarat kali ke-125 pada 24 hingga 26 September lalu memutuskan ajaran, fahaman dan pegangan ahli GISBH adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran agama Islam.Pengerusinya, Datuk Nooh Gadut menjelaskan, terdapat enam ciri penyelewengan daripada ajaran yang dibawakan Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan pengikutnya termasuk pegangan bahawa Asy Syeikh Muhammad Abdullah As-Suhaimi atau Syeikh Muhammad Suhaimi merupakan Imam Mahdi.Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1#SinarHarian #BeritaSemasa #GISBH ...more2minPlay
November 14, 2024Pelanggaran sempadan maritim: Malaysia hantar nota bantahan kepada FilipinaPelanggaran sempadan maritim: Malaysia hantar nota bantahan kepada FilipinaMalaysia menghantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan dua akta maritim baharu negara itu yang melanggar sempadan maritim Sabah hari ini, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin.Beliau berkata, Akta Zon Maritim Filipina (Philippine Maritime Zones Act) dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina (Philippine Archipelagic Sea Lanes Act) yang ditandatangani Presiden Ferdinand Marcos Jr pada 8 November lepas disahkan telah melangkaui Peta Baharu Malaysia 1979 yang dibuat berdasarkan undang-undang antarabangsa.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/696591/berita/nasional/pelanggaran-sempadan-maritim-malaysia-hantar-nota-bantahan-kepada-filipinaMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #NotaBantahan #PelanggaranSempadan...more4minPlay
November 14, 2024[INTERVIU] Buli: berapa banyak mangsa lagi?Sewaktu kita berharap tragedi menimpa Allahyarham Zulfarhan Osman adalah yang terakhir di UPNM, siapa sangka dua peristiwa buli berlaku berturut-turut di sana dalam tempoh relatif singkat.Menyelami kes ini, ia lebih besar daripada pelakuan senior kepada junior kerana telah sampai ke peringkat tradisi dan membudaya secara sistemik....more44minPlay
November 14, 2024Kerjasama Malaysia-UAE tingkat kesiapsiagaan bencana melalui kolaborasi NADMA, NCEMAKerjasama Malaysia-UAE tingkat kesiapsiagaan bencana melalui kolaborasi NADMA, NCEMAMalaysia sedang meneroka potensi kerjasama antara Agensi Pengurusan Bencana Negara Malaysia (NADMA) dan Pihak Berkuasa Pengurusan Kecemasan, Krisis, dan Bencana Nasional (NCEMA) Emiriah Arab Bersatu (UAE), sebuah badan utama di bawah Majlis Keselamatan Negara yang mempunyai kepakaran luas dalam pengurusan krisis merentasi pelbagai sektor. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia akan memberikan tumpuan kepada pelbagai peluang kerjasama, terutamanya dalam pengurusan bencana. Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/696583/berita/nasional/kerjasama-malaysia-uae-tingkat-kesiapsiagaan-bencana-melalui-kolaborasi-nadma-ncemaMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #Bencana #NADMA #NCEMA #UAE...more4minPlay
November 14, 2024Dakwaan skandal rasuah ADUN Sabah: Kenapa terus kepada media, bukan SPRM?Dakwaan skandal rasuah ADUN Sabah: Kenapa terus kepada media, bukan SPRM?Tindakan pihak yang mendakwa berlaku unsur rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah menimbulkan persoalan kerana ia tidak dilaporkan terus kepada pihak berkuasa sebaliknya didedahkan terus kepada media, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Joniston Bangkuai berkata, jika wujud unsur tersebut kenapa tidak terus dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/696565/berita/politik/dakwaan-skandal-rasuah-adun-sabah-kenapa-terus-kepada-media-bukan-sprmMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #rasuah #SPRM #ADUNSabah ...more3minPlay
FAQs about Sinar Harian:How many episodes does Sinar Harian have?The podcast currently has 7,857 episodes available.