Sign up to save your podcastsEmail addressPasswordRegisterOrContinue with GoogleAlready have an account? Log in here.
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.Anda juga bol... more
FAQs about Sinar Harian:How many episodes does Sinar Harian have?The podcast currently has 7,857 episodes available.
November 06, 2024Sinar Bestari bakal tubuh Akademi Pendidikan, jadi platform kecemerlanganSinar Bestari bakal tubuh Akademi Pendidikan, jadi platform kecemerlanganPortal dan akhbar sisipan Sinar Harian, Sinar Bestari bakal melebarkan sayap dalam bidang pendidikan menerusi penubuhan Akademi Pendidikan Sinar Bestari (Akademi) pada tahun hadapan.Editor Eksekutif Gaya Hidup dan Hiburan Sinar Harian, Meen Tahrin berkata, Akademi itu akan menyediakan platform latihan, kursus, berkongsi pengalaman serta pengetahuan bersama tenaga pendidik serta pelajar sekolah seluruh negara.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/695094/berita/nasional/sinar-bestari-bakal-tubuh-akademi-pendidikan-jadi-platform-kecemerlangan#SinarHarian #BeritaSemasa #sinarbestari #akademipendidikan #TVPSS...more3minPlay
November 06, 2024JKM sita taska haram abai aspek keselamatanJKM sita taska haram abai aspek keselamatanPagar tidak berkunci selain kawasan luar tidak terurus hingga menjadi sarang kerengga dan haiwan berbisa antara faktor sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) haram di Batu Berendam disita oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka, pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.Pengarah JKM Melaka, Halyjah Muhammad, berkata, tindakan diambil kerana taska yang lebih dua tahun beropersi itu tidak berdaftar dengan JKM walaupun amaran secara lisan telah diberikan kepada pengusaha taska pada Ogos lalu.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/695092/edisi/melaka-ns/jkm-sita-taska-haram-abai-aspek-keselamatanMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #Taskaharam #JKM #Melaka...more2minPlay
November 06, 2024Polis Kelantan rampas hampir 1 tan pil kudaPolis Kelantan rampas hampir 1 tan pil kudaKetua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mendedahkan pihaknya telah merampas hampir satu tan pil kuda sepanjang tempoh 10 bulan tahun ini bermula Januari hingga Oktober, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.Menurutnya, ia melibatkan nilai sehingga RM65.54 juta dan situasi itu sekali gus menunjukkan betapa seriusnya isu pil kuda atau dikenali sebagai yaba dan 'ubat gila' di negeri ini.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/695054/berita/semasa/polis-kelantan-rampas-hampir-1-tan-pil-kudaMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #PolisKelantan #pilkuda ...more3minPlay
November 06, 2024Nenek 20 cucu berselipar tawan puncak Bukit MarasNenek 20 cucu berselipar tawan puncak Bukit MarasSeorang nenek kepada 20 cucu mampu membuktikan keupayaannya menawan puncak bukit Maras setinggi 329 meter di Kuala Nerus, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.Fatimah Mohd Ali, 67, berkata, walaupun mengalami sakit pada bahagian lutut, dia berjaya mendaki bukit tersebut untuk menikmati pemandangan indah matahari terbit pada Jumaat lalu.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/694958/edisi/terengganu/nenek-20-cucu-berselipar-tawan-puncak-bukit-marasMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #bukitmaras #KualaTerengganu...more2minPlay
November 06, 2024Kerajaan akan teliti 164 undang-undang pra 1969Kerajaan akan teliti 164 undang-undang pra 1969Kerajaan akan meneliti 164 undang-undang pra 1969, sama ada perlu disemak semula atau dikekalkan atau memerlukan tindakan kajian lanjut.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata ia berdasarkan hasil kumpul semak status terhadap 3,404 undang-undang pra 1969.Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1#SinarHarian #Beritasemasa #parlimen #undangundang #azlinaothmansaid...more2minPlay
November 06, 2024Isu akta tahanan rumah, Titah Adendum 'panaskan' Dewan RakyatIsu akta tahanan rumah, Titah Adendum 'panaskan' Dewan RakyatSesi pagi persidangan Dewan Rakyat kecoh seketika, selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bertikam lidah mengenai isu akta berkaitan tahanan di rumah dan Titah Adendum.Pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 oleh Azalina, Takiyuddin mencelah dan bertanya mengenai justifikasi dan kandungan akta berkaitan tahanan di rumah itu serta sama ada wujud Titah Adendum seperti yang diperkatakan.Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1 #SinarHarian #Beritasemasa #parlimen #RUU #Aktatahananrumah #titahadendum...more3minPlay
November 06, 2024Pemulangan aset 1MDB: PAC panggil Tengku Zafrul, Guan EngPemulangan aset 1MDB: PAC panggil Tengku Zafrul, Guan EngDua bekas Menteri Kewangan akan dipanggil bagi melengkapkan prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkenaan komitmen pemulangan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dijangka diadakan pada minggu ketiga bulan ini.Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia membabitkan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang memegang jawatan itu pada 2021 hingga 2022 dan Lim Guan Eng yang berkhidmat pada 2018 hingga 2020.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/695030/berita/nasional/pemulangan-aset-1mdb-pac-panggil-tengku-zafrul-guan-engMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #1MDB...more3minPlay
November 06, 2024Jakim bangunkan sistem pelaporan berpusat mudahkan aduan kes eksploitasi, ajaran sesatJakim bangunkan sistem pelaporan berpusat mudahkan aduan kes eksploitasi, ajaran sesatJabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membangunkan sistem pelaporan berpusat bagi membolehkan mana-mana pihak khususnya wanita dan kanak-kanak yang terdedah kepada eksploitasi dan ajaran sesat membuat aduan terus kepada pihak berkuasa.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, berkata inisiatif itu adalah satu daripada penambahbaikan dalam gerak kerja bagi menangani kes seumpamanya susulan pendedahan kes GISB Holdings (GISBH).Beliau menjawab soalan asal Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman yang ingin tahu sama ada kementerian berhasrat memperkukuh prosedur operasi standard (SOP) pelaporan bagi memastikan laporan diterima diambil tindakan segera.Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1#SinarHarian #Beritasemasa #parlimen #jakim #ajaransesat...more3minPlay
November 06, 2024Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang akan segera diauditLembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang akan segera diauditPengauditan terhadap Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang akan dilaksanakan segera berikutan laporan kewangan lembaga itu didapati tidak pernah diaudit sepanjang tempoh 17 tahun.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran berkata, perkara itu sedang diteliti kerajaan dan tindakan susulan akan dilaksanakan selaras usaha kerajaan memperkukuhkan tatakelola yang baik.Muzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #audit #LembagaKelayakanProfesionundang...more4minPlay
November 06, 2024Pendakwaan individu berkaitan GISBH ikut lunas undang-undang – ZulkifliPendakwaan individu berkaitan GISBH ikut lunas undang-undang – ZulkifliTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan menjelaskan bahawa ketetapan hukum yang telah ditetapkan oleh beberapa negeri, termasuk Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), akan dijadikan rujukan sebelum pendakwaan dibuat.Zulkifli menjawab pertanyaan lisan tambahan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang ingin tahu mengapa mereka yang berkaitan dengan GISBH tidak didakwa atas tuduhan masih mengamalkan Aurad Muhammadiyah yang telah difatwakan sesat.Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1Muzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #DewanRakyat #GISBH...more2minPlay
FAQs about Sinar Harian:How many episodes does Sinar Harian have?The podcast currently has 7,857 episodes available.