Penduduk di tiga kampung di Jeram di sini mengadu mengalami pelbagai simptom kesihatan berpunca sebuah kilang memproses baja dari najis ayam di Kampung Simpang 3 Jeram di sini, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Izzatul Izuan Tahir.
Kira-kira 5,000 penduduk di Kampung Simpang 3 Jeram, Kampung Jeram dan Kampung Bukit Kuching serta beberapa taman perumahan berdekatan berikso mengalami simptom sesak nafas, loya, muntah, pening dan gatal badan.