Sign up to save your podcastsEmail addressPasswordRegisterOrContinue with GoogleAlready have an account? Log in here.
SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.Anda juga bol... more
FAQs about Sinar Harian:How many episodes does Sinar Harian have?The podcast currently has 7,858 episodes available.
September 28, 2024PRK Mahkota : Tiba lewat seminit, pekerja dari Singapura gagal mengundiPRK Mahkota : Tiba lewat seminit, pekerja dari Singapura gagal mengundi Seorang pekerja dari Singapura kecewa tidak dapat membuang undi kerana tiba lewat kira-kira seminit sebelum proses membuang undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota berakhir pada jam 6 petang, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.G Vijayan ,41 yang bekerja sebagai posmen berkata kesesakan lalu lintas dan hujan lebat menyebabkan perjalanannya dari Singapura untuk tiba di Kluang agak lambat.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/688157/edisi/johor/prk-mahkota-tiba-lewat-seminit-pengundi-bekerja-di-singapura-gagal-mengundiMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKMahkota #mengundi ...more1minPlay
September 28, 2024DAP lapor polis dakwa PN langgar peraturan kempenDAP lapor polis dakwa PN langgar peraturan kempenNaib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali membuat laporan polis susulan panggilan telefon 'meraih undi' yang diterimanya daripada individu dipercayai dari Perikatan Nasional (PN) pada pagi Sabtu, telah melanggar larangan berkempen, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.Sheikh Umar berkata, panggilan telefon itu diterima selepas tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada jam 12 tengah malam.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/688135/berita/politik/dap-lapor-polis-dakwa-pn-langgar-peraturan-kempen#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKMahkota #langgarperaturankempen #PN #DAP #PDRM ...more2minPlay
September 28, 2024Nekad teruskan majlis perkahwinan pada hari mengundiNekad teruskan majlis perkahwinan pada hari mengundiBiarpun tarikh perkahwinan mereka jatuh pada tarikh hari mengundi pada bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, namun pasangan pengantin nekad meneruskan majlis ijab kabul mereka walaupun terpaksa ke pusat pengundian dengan berbusana pengantin, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.Bagi Nurarissa Shazni Kamal dan suaminya, Mohammad Hafizzudin Anaffiah, yang masing-masing berusia 27 tahun, tarikh hari ini (28 September) akan menjadi tarikh istimewa untuk diingati sampai bila-bila.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/688140/berita/politik/nekad-teruskan-majlis-perkahwinan-pada-hari-mengundiMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKMahkota ...more2minPlay
September 28, 2024Dua beranak hanyut: 'Saya sempat jerit suruh berpatah balik'Dua beranak hanyut: 'Saya sempat jerit suruh berpatah balik'Seorang saksi kejadian dua beranak yang dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan arus deras di Kampung Tanjung Kanan, Padang Terap, pada Sabtu sempat menjerit agar dua beranak berkenaan berpatah balik, lapor wartawan Sinar Harian, Roshila Murni Rosli.Mohd Sofi Rhazalee, 39, berkata, ibu tunggal terbabit Salmah Mat Zain, 48, juga sempat meninggalkan nasi lemak bungkus yang baru dibeli di atas tunggul pokok berdekatan.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/688132/berita/semasa/dua-beranak-hanyut-saya-sempat-jerit-suruh-berpatah-balikMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #hanyutarusderas #BanjirKedah...more2minPlay
September 28, 2024Pemandu lori punca kemalangan maut positif dadahPemandu lori punca kemalangan maut positif dadahPemandu lori muatan pasir yang dilaporkan menjadi punca kemalangan membabitkan lima kereta yang turut mengakibatkan seorang maut di persimpangan lampu isyarat Persiaran Golf, Nilai, Negeri Sembilan pada Jumaat didapati positif dadah, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan. Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden Mat Ghani Lateh berkata, berdasarkan ujian urin yang dilakukan terhadap suspek lelaki berusia 30 tahun itu, dia positif dadah jenis Methamphetamine.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/688094/berita/semasa/pemandu-lori-punca-kemalangan-maut-positif-dadahMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kemalanganmaut...more1minPlay
September 28, 2024Kagum kegigihan OKU bekerja, pemilik bengkel tawar servis motosikal percumaKagum kegigihan OKU bekerja, pemilik bengkel tawar servis motosikal percumaMelihat kegigihan remaja orang kurang upaya (OKU) Cerebral Palsy menunggang motosikal menjual air, mendorong seorang pemilik bengkel motosikal menawarkan servis penyelenggaraan percuma kepadanya.Muhammad Amir Shafiq Shaharuddin, 31, mengambil inisiatif untuk menawarkan servis penyelenggaraan percuma kepada Aniq Fitri Ros Efendi, 19, bagi memberi galakan kepadanya menunggang motosikal dan menjual air, dengan kerjasama Persatuan Cakna Rasa Sayang (PCRS).Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/687914/edisi/melaka-ns/kagum-AC-oku-bekerja-pemilik-bengkel-tawar-servis-motosikal-percumaMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #OKU #Seremban #pemilikbengkel...more2minPlay
September 28, 2024PRK Mahkota: Ibu berpantang kendong bayi ke pusat undiPRK Mahkota: Ibu berpantang kendong bayi ke pusat undiSeorang ibu muda yang masih berpantang masuk hari ke-30 sanggup membawa bayi perempuannya untuk menunaikan tanggungjawab membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana, Taman Suria, pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.Nur Syafiqah Azani, 19, yang baharu melahirkan anak sulungnya, Nur Syafaa Atiya Mohd Riyadh Irfan, tiba di pusat mengundi pada jam 8.45 pagi.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/688055/edisi/johor/prk-mahkota-ibu-berpantang-kendong-bayi-ke-pusat-undiMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKDunMahkota #PRK #Kluang...more1minPlay
September 28, 2024Kain rentang provokasi cemari PRK Mahkota - Ahmad MaslanKain rentang provokasi cemari PRK Mahkota - Ahmad MaslanJentera Perpaduan mendakwa wujud kain rentang provokasi di pasang pihak tidak bertanggungjawab di pusat daerah mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN), lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) BN, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kain rentang provokasi dalam bahasa Melayu dan Mandarin itu dikesan pada jam 3 pagi pada Sabtu dengan dipasang di 18 PDM BN.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/688080/berita/politik/kain-rentang-provokasi-cemari-prk-mahkota?Muzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKDunMahkota #kainrentang #ahmadmaslan #Kluang...more2minPlay
September 28, 2024Proses mengundi PRK Mahkota berjalan lancar - PolisProses mengundi PRK Mahkota berjalan lancar - PolisKetua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota setakat ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.Menurutnya, berdasarkan tinjauan beliau di beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) setakat jam 10 pagi ini, proses pengundian juga berjalan lancar dan terkawal.Kumar turut menggesa pengundi yang belum melaksanakan tanggungjawab memilih untuk segera berbuat demikian memandangkan cuaca pada sebelah petang diramal hujan.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/688062/berita/politik/proses-mengundi-prk-mahkota-berjalan-lancar---polis#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKDunMahkota #PilihanRayaKecil #Polis #Kluang...more1minPlay
September 28, 2024Pengundi Orang Asli syukur urusan mengundi dipermudahkanPengundi Orang Asli syukur urusan mengundi dipermudahkanTok Batin, Mohd Noorsham Abdullah, 49, bersyukur kerana urusan dipermudahkan setelah selesai membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Jalil, pada pagi Sabtu.Menurutnya, dia sekeluarga dan beberapa penduduk Kampung yang lain telah bersiap awal sebelum bergerak menaiki 10 kereta.Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/688052/edisi/johor/pengundi-orang-asli-syukur-urusan-mengundi-dipermudahkanMuzik: Elevate dari www.bensound.com#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKDunMahkota #PilihanRayaKecil #OrangAsli #Kluang...more2minPlay
FAQs about Sinar Harian:How many episodes does Sinar Harian have?The podcast currently has 7,858 episodes available.