Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, 127 rakyat Palestin yang tiba di Pangkalan Tentera Udara Subang terdiri daripada lelaki, wanita, dan kanak-kanak dalam lingkungan usia antara 8 bulan hingga 62 tahun, dan merupakan antara orang awam yang mencari perlindungan di Mesir selepas serangan Israel ke atas Palestin.