Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa pelaksanaan Pelan Liberalisasi Visa (PLV) tidak akan menggugat keselamatan negara sebaliknya mereka telah melaksanakan hampir 7,975 operasi dan telah menghantar pulang 76,477 warga asing tanpa dokumen.