Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy dakwa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) keluarkan lima hadis termasuk hadis ke-8 modul asal Hadis 40 Imam Nawawi kerana dianggap tidak selari aspirasi perpaduan. Susulan itu, Rektor KUIPs, Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata, hadis ke-8 tersebut hakikatnya mempamerkan agama Islam bersifat realistik yang benarkan umatnya mempertahankan diri, agama dan negara daripada diperangi.