Selepas terpaksa melahirkan anak dan membesarkannya di dalam penjara sehingga usia 17 bulan, seorang suri rumah yang didakwa mengedar dadah dua tahun lalu akhirnya dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan itu oleh Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan, hari ini, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.