Akibat cuba menakut-nakutkan seorang pengguna jalan raya dengan mengacukan pistol tiruan, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Melaka, hari ini. Majistret Mazana Sinin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Low Zhao Yuan, 29, mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya, disampaikan wartawan Sinar Harian Zaitie Satibi.